Soalan: Adakah terdapat perkara melabur secara berlebihan atau ‘overinvesting’?
Jawapan: Frasa ‘pelaburan berlebihan’ lebih cenderung mempunyai konotasi negatif.
Sebenarnya, pada pandangan saya, tiada perkara seperti melabur secara berlebihan.
Jika anda melakukannya dengan cara yang betul melalui seorang perancang kewangan, tiada perkara seperti melabur secara berlebihan kerana semua pelaburan anda adalah berdasarkan objektif atau pelan tertentu.
Pelaburan secara berlebihan cenderung berlaku jika anda menyimpan lebih daripada apa yang anda perlukan.
Sebagai contoh, seseorang itu mahu bersara pada umur 40 tahun, jadi perlu menyimpan sejumlah wang tertentu.
Pada hakikatnya, penasihat kewangan menyarankan agar anda menyimpan 30 peratus daripada gaji anda hari ini, jika mahu bebas hutang dan tiada bebanan kewangan pada usia 40 tahun.
Sebaliknya, anda memilih untuk simpan 50 peratus dan bukannya 30 peratus. Bagi penasihat kewangan, itu berkait dengan terlalu banyak menyimpan duit dan apabila kami berbual tentang menyimpan berlebihan, kami sentiasa mengaitkannya dengan lebihan pelaburan kerana apabila anda menyimpan, anda perlu melabur.
Dan itu bermakna anda perlu membuat pengorbanan pada gaya hidup anda sekarang untuk memastikan jumlah wang yang lebih pada masa hadapan.
Jadi sama ada anda mahu melakukannya atau tidak, ia terpulang kepada anda.
Ini kerana aspirasi anda mungkin hanya untuk bersara pada usia 40 tahun dari segi kebebasan kewangan, tetapi jika anda terlebih menyimpan dan berlebihan melabur, mungkin itu membolehkan anda bersara lebih awal.
Tetapi adakah itu yang anda mahukan? Itulah persoalannya dan jikalau anda melabur secara berlebihan, anda mungkin tetap tidak akan benar-benar mencapai matlamat yang anda inginkan.
Ya, pelaburan anda mungkin akan mendatangkan hasil yang lebih baik tetapi anda banyak berkorban pada masa sekarang untuk mencapai sesuatu yang anda tidak dapat pastikan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg