Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menabung awal untuk hidup selesa apabila bersara

Mar 10, 2024 | 5:30 AM
Mulakan tabiat menabung ketika muda jika mahu hidup selesa apabila tiba usia bersara.
Mulakan tabiat menabung ketika muda jika mahu hidup selesa apabila tiba usia bersara. - Foto BT

Persaraan adalah mengenai keupayaan untuk memilih sama ada untuk bekerja atau sebaliknya.

Anda berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan itu jika anda memulakan perancangan persaraan lebih awal.

Berikut adalah beberapa petunjuk sama ada sudah tiba masanya untuk anda mempertimbangkan pilihan persaraan:

- Mempunyai tempat tinggal yang telah dibayar sepenuhnya

- Bebas daripada tanggungan hutang

- Mempunyai perlindungan insurans kesihatan yang mencukupi untuk perbelanjaan perubatan, dan

- Mempunyai simpanan atau pendapatan pasif yang mencukupi untuk membiayai gaya hidup sepanjang persaraan.

Bilakah saya harus mula?

Bagi kebanyakan orang, persaraan dianggap sebagai laluan hidup yang terlalu jauh untuk difikirkan atau memulakan perancangan.

Tetapi pemikiran sebegitu menghalang matlamat untuk bersara.

Mereka yang tidak bertindak awal dalam perancangan persaraan berkata ia memerlukan disiplin dan pengorbanan yang terlalu tinggi. Ataupun masih awal.

Ada yang merujuk kepada simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka untuk menyediakan keperluan persaraan.

Mereka yang melakukannya, bagaimanapun, mungkin menyimpan terlalu sedikit, atau mengetahui terlalu sedikit tentang cara mengumpul dan menjaga kekayaan mereka.

Ramai orang tidak pasti bagaimana mereka boleh menikmati persaraan yang selesa, kerana adanya keraguan. Keraguan biasa itu termasuk:

Berapa banyak dianggap cukup?

Apakah yang akan berlaku jika saya hidup lebih lama daripada simpanan yang ada?

Dengan inflasi, adakah wang persaraan yang saya kumpul cukup untuk gaya hidup yang saya inginkan?

Mengapa berbaloi untuk mula awal?

Meskipun belum terlambat untuk mula menabung dan merancang untuk persaraan, lebih awal anda mulakan, lebih banyak manfaatnya.

Memulakan usaha lebih awal bermakna lebih banyak masa bagi simpanan anda meraih manfaat daripada kesan pulangan berkompaun.

Sebaliknya, semakin lama anda menunggu, semakin sedikit masa bagi wang anda berkembang dan semakin sukar kerana anda perlu bekerja untuk mencapai matlamat persaraan anda.

Kesan inflasi

Kita semua perlu menghadapi dan terdedah kepada kesan inflasi. Pertimbangkan bagaimana inflasi mempengaruhi kos sara hidup anda:

- Jika inflasi berada pada kadar 3 peratus, kos sara hidup akan berganda setiap 24 tahun

- Jika inflasi meningkat kepada kadar 4 peratus, kos sara hidup akan berganda setiap 18 tahun

- Jika inflasi berkembang lebih cepat daripada simpanan persaraan anda, ini mungkin bermakna:

- Anda perlu menyesuaikan perbelanjaan anda

- Dana persaraan anda sekarang mungkin tidak bertahan sepanjang persaraan anda

- Ada kemungkinan anda boleh hidup lebih lama daripada simpanan anda

Peraturan 72

Untuk mendapatkan anggaran bilangan tahun yang diperlukan untuk kos sara hidup meningkat dua kali ganda, bahagikan 72 dengan kadar inflasi.

Ini adalah satu cara mudah untuk menghitung jumlah yang anda perlukan untuk menyimpan bagi membiayai persaraan anda.

Contoh: Dengan mengandaikan kadar inflasi sebanyak 3 peratus, kos sara hidup semasa akan berganda dalam 24 tahun.

Jika anda ingin bersara dalam masa 24 tahun, berapakah jumlah yang anda perlukan untuk membiayai persaraan anda selama 20 tahun?

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg