Topik diikuti
Pergi ke BHkuLagi 1,900 pemilik gerai laksana e-bayaran
Iswaran: Ini jadikan jumlah keseluruhan yang tawarkan e-bayaran 5,400 sehingga kini
Lagi 1,900 pemilik gerai laksana e-bayaran
SERAMAI 1,900 lagi pegerai di pusat penjaja dan pasar telah menerima pakai pilihan bayaran elektronik (e-bayaran) di gerai mereka dalam masa dua bulan sejak program Hawkers Go Digital dilancarkan pada 8 Jun lalu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menawarkan pilihan pembayaran sedemikian seramai 5,400 sehingga kini.
