Premium
Peluang warga emas menabung untuk persaraan
Skim Simpanan Persaraan Yang Dipadankan yang baru diperkenalkan CPF boleh bantu pencarum layak terima bayaran bulanan lebih tinggi semasa persaraan
Jan 17, 2021 | 5:30 AM
MANFAATKAN SKIM: Sesiapa sahaja, termasuk anggota keluarga, majikan atau anggota masyarakat boleh menokok akaun persaraan seseorang. Ia membolehkan mereka memanfaatkan kadar pulangan CPF yang dibayar dalam Akaun Persaraan (RA), lantas mempunyai bayaran CPF LIFE yang lebih tinggi. - Foto LEMBAGA CPF -
BAGI membantu warga emas menabung untuk persaraan mereka jika mereka belum memenuhi Jumlah Persaraan Asas, pemerintah telah memperkenal Skim Simpanan Persaraan Yang Dipadankan (MRSS).
Di bawah skim yang dimulakan tahun ini hingga 2025 itu, pemerintah akan memadankan setiap dolar daripada wang tunai yang ditokok bagi pencarum yang layak, tetapi dihadkan kepada jumlah tahunan sebanyak $600, yang boleh mencapai $3,000 bagi lima tahun.

