Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Meta dijangka buang lebih ramai pekerja

Oct 04, 2023 | 06:26 PM



Syarikat induk Facebook, Meta, merancang memberhentikan sebilangan pekerja dalam unit divisyen Reality Lab yang berorientasikan metaverse.

Unit tersebut memberi tumpuan kepada usaha mencipta silikon yang direka khas, menurut dua sumber yang mengetahui perkara itu, lapor The Business Times (BT).


Pekerja syarikat itu telah dimaklumkan mengenai pemberhentian kerja itu dalam satu catatan di forum perbincangan dalaman Workplace milik Meta pada Selasa.

Catatan itu menyatakan pekerja akan dimaklumkan mengenai status perkhidmatan mereka dengan syarikat itu pada pagi Rabu, kata salah seorang sumber itu.

Jurucakap Meta enggan mengulas mengenai rancangan itu.

Reuters tidak dapat menentukan bilangan pekerja yang akan diberhentikan dalam unit silikon itu, yang digelar Facebook Agile Silicon Team, atau Fast.


Jika ramai pekerja dibuang kerja, ia boleh menghalang projek ketua eksekutif syarikat itu, Encik Mark Zuckerberg, untuk membina pelbagai produk realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR) yang membolehkan akses kepada dunia maya ‘metaverse’, khususnya produk cermin mata AR yang beliau ramalkan “akan menjelaskan semula hubungan kita dengan teknologi”.

Unit Fast itu, yang mempunyai sekitar 600 pekerja, berusaha menghasilkan cip yang direka khas untuk melengkapi pelbagai peranti Meta bagi melaksana tugasan unik dan beroperasi dengan lebih cekap.

Usaha tersebut juga bertujuan membezakan syarikat itu daripada pesaing lain yang memasuki pasaran AR dan VR yang baru berkembang.

Namun, Meta telah bergelut untuk membuat cip yang boleh bersaing dengan silikon yang dihasilkan oleh pembekal luar dan telah beralih kepada pembuat cip Qualcomm untuk menghasilkan cip untuk perantinya yang kini berada di pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >