Topik diikuti
Pergi ke BHkuMinyak atar dan kayu gaharu jadikan Aljunied Brothers 'semerbak harum'
Keupayaan mengekalkan urus niaga selama lebih setengah abad diiktiraf
Minyak atar dan kayu gaharu jadikan Aljunied Brothers 'semerbak harum'
APABILA saudagar-saudagar Arab ingin mendapatkan individu bagi menguruskan urus niaga hartanah mereka di Singapura pada tahun-tahun 1930-an, Allahyarham Syed Haroon Bin Hasan Aljunied menjadi pengamanah mereka kerana sifatnya yang jujur dan amanah.
Dengan kepercayaan itu, beliau meluaskan perniagaan dan membentuk syarikat Toko Aljunied/Aljunied Brothers di 737, North Bridge Road, yang terkenal dengan minyak atar dan kayu gaharunya yang dieksport ke negara-negara Timur Tengah serta untuk pelanggan setempat.
