Misi teroka peluang di New York
Premium
Misi teroka peluang di New York
Mamanda sasar buka restoran di Amerika Syarikat dalam masa dua tahun
Nov 19, 2014 | 5:35 AM
Misi teroka peluang di New York
CARI PELUANG PERNIAGAAN: Encik Zulkarnine dan isterinya, Cik Masmunah Abdullah, menggunakan khidmat IE Singapore untuk meneroka peluang membuka cawangan restoran Mamanda di New York. - Foto MAMANDA -
RESTORAN Mamanda, yang merancang meluaskan perniagaannya ke Amerika Syarikat, telah menyertai satu misi perniagaan anjuran International Enterprise (IE) Singapore ke tiga bandar di negara itu bagi meneroka peluang dan mengkaji pasaran di sana.
Restoran itu dan dua firma lain, Broitzeit dan Bee Cheng Hiang, diundang IE menyertai misi ke Los Angeles, San Francisco dan New York baru-baru ini.

