Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Model gaji progresif bagi sektor runcit sedang dikaji

Feb 23, 2021 | 09:12 PM



PEMERINTAH sedang menilai cara melaksanakan model gaji progresif (PWM) dalam sektor runcit yang mungkin membawa pada peningkatan pendapatan pekerja bergaji rendah dalam sektor ini sejajar dengan kemahiran dan daya penghasilan mereka.



Diperkenalkan pada 2012, PWM menetapkan gaji minimum bagi pekerja tempatan dalam pelbagai peranan di bawah rangka kerja kemajuan kerjaya dan kemahiran. Ia juga melakar laluan kemajuan kerjaya buat pekerja dalam sektor ini.



Buat masa ini, PWM diwajibkan dalam sektor pembersihan, landskap dan keselamatan, meliputi sekitar 80,000 pekerja. Ia akan diwajibkan bagi sektor penyenggaraan lif dan tangga bergerak tahun depan.



Pekerja jualan dan juruwang di pasar raya, kedai runcit dan gedung fesyen boleh meraih manfaat daripada langkah memperluas PWM bagi sektor runcit, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad pada Selasa (23 Februari).



Apabila ditanya sama ada Kumpulan Kerja Tiga Pihak Mengenai Pekerja Berpendapatan Rendah yang beliau pengerusikan mempunyai tempoh garis masa bagi kajian ini, Encik Zaqy menyatakan pihaknya berharap dapat memberi maklumat terkini dalam masa terdekat.



Encik Zaqy yang ditemui media selepas mengunjungi kedai Adidas di pusat beli-belah Jewel Changi Airport bagi lebih memahami isu ini juga tidak menjelaskan bilangan pekerja sektor runcit yang akan meraih manfaat daripada inisiatif ini.



Sekitar 45 peratus pekerja sepenuh masa Singapura dalam sektor runcit ini menerima gaji pada paras atau di bawah persentil gaji ke-20 paling bawah dalam tenaga kerja tempatan.



Dalam ucapan Belanjawan pada 16 Februari, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata aspirasi pemerintah adalah bagi setiap sektor dalam ekonomi memiliki semacam pendapatan progresif.



Encik Zaqy pada Selasa menjelaskan bahawa sektor runcit yang merupakan antara sektor yang menggajikan bilangan pekerja berpendapatan rendah paling tinggi adalah yang rencam meliputi kedai barangan sukan, pasar raya, kedai runcit dan gedung fesyen.



Perniagaan yang bergantung pada pelancong mungkin terjejas teruk oleh pandemik Covid-19 sedang perniagaan  di kawasan kejiranan mencatat kemajuan lebih baik lagi.



"Sesetengahnya seperti pasar raya mencatat kemajuan yang baik pada awal pandemik. Justeru, kita perlu melihat sektor sampingan berbeza dan melihat (proses) pemulihan yang berkepelbagaian," jelas Encik Zaqy.



Beliau juga menambah kumpulan kerja yang ada perlu mengkaji cara melibatkan pemain e-dagang dalam perbincangan dan bagaimana mengatur sektor runcit yang tidak dilesen.



Sejak dibentuk pada Oktober tahun lalu, kumpulan tiga pihak ini telah mengkaji pelbagai sektor yang mungkin berpotensi melaksanakan PWM. Kumpulan ini terdiri daripada pemimpin industri dari Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), pemimpin kesatuan dan kakitangan awam kanan.



Perbincangan juga diteruskan dalam sektor pengurusan bahan sisa dan khidmat makanan. 



Encik Zaqy turut mengunjungi cawangan Jumbo Seafood di Boat Quay awal bulan ini.



Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mengusulkan PWM bagi khidmat makanan sejak 2018.



Jika PWM dilaksanakan dalam sektor khidmat makanan dan runcit, NTUC menganggarkan sekitar 70,000 pekerja akan meraih manfaat daripada model ini.



Kumpulan kerja tiga pihak ini bertujuan memberi maklumat terkini sementara  menjelang pertengahan tahun ini dan menamatkan tugasannya menjelang suku pertama tahun depan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >