Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

MOM: Bilangan kerja kosong cecah paras tertinggi Jan-Mac

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Ekonomi & Kerja
29
0

MOM: Bilangan kerja kosong cecah paras tertinggi Jan-Mac

Kadar pengambilan kerja di kalangan warga, penduduk tetap turut meningkat 3.9%
Jun 18, 2022 | 05:30 AM

BILANGAN jawatan kosong di Singapura mencapai rekod baru dalam suku pertama tahun ini, sedang negara ini pulih daripada pandemik Covid-19, menurut satu laporan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Kebanyakan jawatan kosong itu berada dalam sektor binaan dan pengilangan, dengan peranan bukan profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) merangkumi sebahagian besar kerja kosong itu.

Biasanya pekerjaan ini diisi oleh pekerja asing.

Namun terdapat juga jawatan kosong dalam PMET bidang perkhidmatan kewangan, perhubungan dan komunikasi, pentadbiran awam dan pendidikan, serta perkhidmatan profesional.

Bilangan jawatan kosong mencapai 128,100 pada Mac lalu, naik daripada 117,000 pada Disember, menurut laporan pasaran pekerjaan yang dikeluarkan MOM semalam.

Nisbah jawatan kosong dengan penganggur meningkat kepada 2.42, iaitu lebih dua tempat kerja kosong yang tersedia bagi setiap pengganggur.

MOM berkata nisbah tersebut, tertinggi sejak 1998, disebabkan "kemerosotan dalam bilangan penganggur dan kenaikan bilangan jawatan kosong".

Namun, kenaikan 9 peratus dalam jawatan kosong itu adalah lebih rendah daripada 17 peratus yang dilihat pada suku sebelumnya, kata MOM.

Mengulas laporan itu dalam satu kiriman di Facebook semalam, Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata:

"Dengan sekatan sempadan yang dilonggarkan, kami menjangkakan kemasukan pekerja bukan penduduk akan terus meningkat, dan ini akan membantu mengatasi pasaran yang ketat dalam bulan-bulan akan datang.

"Selain itu, pemerintah akan terus menyokong syarikat untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja setempat mereka, untuk membantu mereka menyesuaikan diri kepada bidang pertumbuhan baru dan memenuhi pemintaan pekerjaan."

Menurut laporan MOM lagi, kadar pengambilan kerja penduduk - merangkumi warga Singapura dan penduduk tetap (PR) - meningkat 3.9 peratus berbanding sebelum pandemik pada Disember 2019.

Secara keseluruhan, jumlah pekerjaan, tidak termasuk pembantu rumah asing, meningkat sebanyak 42,000 pada suku pertama tahun ini, lebih rendah berbanding kenaikan 47,900 pada suku sebelumnya.

Pengambilan kerja bukan penduduk membentuk sebahagian besar daripada jumlah pertumbuhan pekerjaan Singapura.

MOM berkata ini didorong oleh sekatan sempadan yang dilonggarkan secara beransur dan majikan mengisi kekosongan tertunggak untuk pekerjaan yang lebih bergantung kepada pekerja asing.

Namun, kadar pengambilan kerja bukan penduduk pada Mac kekal 15 peratus di bawah paras sebelum pandemik.

Untuk pengambilan kerja penduduk, ada trend kenaikan atau kemerosotan, bergantung kepada sektor.

"Pengambilan kerja penduduk terus meningkat dalam sektor pertumbuhan seperti perkhidmatan kewangan, maklumat dan komunikasi, perkhidmatan profesional, serta perkhidmatan kesihatan dan sosial," kata MOM.

Sebaliknya, pengambilan kerja penduduk merosot dalam sektor yang berdepan dengan pengguna, terutamanya disebabkan pekerja sementara yang berhenti pada suku pertama, setelah diambil bekerja untuk musim perayaan akhir tahun pada suku sebelumnya.

Kadar pengangguran warga juga merosot sedikit, turun kepada 3.1 peratus pada April lalu daripada 3.2 peratus pada Mac.

Kadar pengangguran penduduk tetap mencapai 3 peratus, dan 2.2 peratus secara keseluruhan, pada April lalu, kekal stabil berbanding tahap sebelum pandemik.

Pemberhentian kerja juga merosot kepada rekod terendah 1,320 - atau enam bagi setiap 10,000 pekerja.

Namun, MOM memberi amaran kemerosotan persekitaran ekonomi luar, sebahagiannya disebabkan oleh konflik Russia-Ukraine, telah melemahkan prospek permintaan untuk beberapa sektor berorientasi luar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3