Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MTI: Ekon S’pura dijangka tumbuh 0.5-2.5% pada 2023

May 25, 2023 | 02:07 PM



EKONOMI Singapura dijangka berkembang antara 0.5 peratus dengan 2.5 peratus pada 2023, dengan pertumbuhan mencapai pertengahan lingkungan ramalan itu, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis.

Pada suku pertama 2023, ekonomi Singapura tumbuh sebanyak 0.4 peratus berbanding 2.1 peratus pada suku sebelumnya, kata MTI dalam laporan Tinjauan Ekonomi Singapura bagi suku pertama 2023. 

Pertumbuhan tersebut lebih tinggi berbanding ramalan awal pertumbuhan 0.1 peratus yang dikeluarkan pada April.

Menurut laporan itu, pertumbuhan terjejas oleh sektor pengilangan, perdagangan borong, serta sektor kewangan dan insurans, yang menguncup di tengah-tengah kelemahan dalam ekonomi global dan kegawatan sektor elektronik.

Setelah dilaraskan secara bulanan, ekonomi negara merosot sebanyak 0.4 peratus, berbanding 0.1 peratus pada suku keempat 2022.

Menurut MTI, meskipun ramalan pertumbuhan tahun sepenuhnya tidak berubah pada 0.5 peratus hingga 2.5 peratus, prospek bagi ekonomi Singapura yang dipacu eksport telah merosot.

Selain daripada jangkaan kelembapan dalam ekonomi maju, sektor elektronik yang lebih muram dijangka berpanjangan berbanding ramalan awal. 

Kesan daripada pemulihan yang diterajui perkhidmatan di China juga dijangka lemah, memandangkan aktiviti import bagi sektor perkhidmatan kurang intensif berbanding aktiviti perindustrian.

“Pertumbuhan di Amerika Syarikat dan ekonomi zon euro dijangka berkurangan dengan lebih ketara pada separuh kedua tahun ini disebabkan kesan lambat oleh pengetatan dasar kewangan,” kata Setiausaha Tetap Perdagangan dan Perusahaan Encik Gabriel Lim.

“Sementara itu, pemulihan ekonomi China dijangka lebih kukuh berbanding jangkaan awal, didorong oleh peningkatan dalam penggunaan perkhidmatan domestik walaupun sektor perindustriannya masih lembab,” tambahnya.

Beliau berkata, seiring dengan permintaan global yang lebih lemah untuk elektronik dan prospek lembab untuk petrokimia, sektor pengilangan yang dipacu oleh perdagangan Singapura dijangka akan mengalami kemerosotan yang lebih mendalam.

Bagaimanapun, prospek pertumbuhan bagi sektor yang berkaitan dengan penerbangan dan pelancongan kekal positif, memandangkan pemulihan berterusan dalam perjalanan udara antarabangsa dan pelancongan ke Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >