Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MTI: Ekon S’pura diramal tumbuh lebih rendah 0.5-1.5% pada 2023

Aug 11, 2023 | 12:24 PM



Singapura menurunkan ramalan pertumbuhan ekonominya untuk 2023 kepada 0.5 peratus hingga 1.5 peratus di tengah-tengah prospek yang lemah bagi sektor pengilangan yang dipacu perdagangan.

Ramalan pertumbuhan itu diturunkan daripada anggaran awal antara 0.5 peratus dengan 2.5 peratus selepas ekonomi berkembang 0.5 peratus pada suku kedua 2023, dan 0.4 peratus dalam tiga bulan pertama, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat.

Penyesuaian yang dibuat secara musiman suku ke suku menyaksikan ekonomi Singapura tumbuh 0.1 peratus, berbanding penguncupan 0.4 peratus pada suku pertama 2023, lantas mengelak kemelesetan teknikal.

Cik Yong Yik Wei, ketua ekonomi MTI, berkata memandangkan pertumbuhan purata sekitar 0.4 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama, ramalan baru itu bermakna kementerian melihat pada separuh kedua pertumbuhan yang lebih tinggi berbanding enam bulan pertama.

“Secara berurutan (suku ke suku) sekali lagi kami tidak menjangkakan kemelesetan teknikal. Kami sedang melihat profil pemulihan yang sederhana,” katanya semasa taklimat kepada media pada Jumaat.

Dalam kenyataannya, MTI berkata ia menurunkan ramalan eksportnya untuk 2023 berikutan prestasi yang lebih teruk daripada jangkaan sehingga kini.

MTI berkata sektor pengilangan menyusut 7.3 peratus tahun ke tahun dalam tempoh April-Jun, lebih teruk daripada penguncupan 5.4 peratus pada suku sebelumnya.

“Secara keseluruhannya, penilaian MTI ialah prospek permintaan luar Singapura untuk sepanjang tahun ini kekal lemah.

“Selain daripada jangkaan kelembapan dalam pasaran permintaan luar utama Singapura, kemelesetan elektronik global juga berkemungkinan berlarutan, dengan pemulihan beransur-ansur dijangka datang menjelang akhir tahun paling awal,” katanya.

Singapura juga menurunkan ramalan pertumbuhan 2023 untuk eksport domestik bukan minyak utama (Nodx) dan jumlah perdagangan barangan, termasuk minyak, memandangkan kemerosotan dalam permintaan elektronik global membebankan sektor pengilangan rakan perdagangan.

Kedua-dua Nodx dan jumlah perdagangan barangan kini dijangka menguncup sebanyak 9 peratus hingga 10 peratus, berikutan prestasi yang lebih buruk daripada jangkaan setakat ini, dipengaruhi oleh kitaran penurunan pengilangan dan harga minyak yang lebih rendah, kata Enterprise Singapore (EnterpriseSG) pada Jumaat.

Dalam ramalan sebelumnya pada Mei, Nodx diramalkan menyusut sebanyak 8 peratus kepada 10 peratus, dan jumlah perdagangan barangan menguncup sebanyak 6 peratus hingga 8 peratus.

Encik Edward Robinson, timbalan pengarah urusan di Penguasa Kewangan Singapura (MAS), berkata bank pusat itu akan mengekalkan ramalannya 4.5 peratus hingga 5.5 peratus untuk inflasi keseluruhan dan 2.5 peratus hingga 3.0 peratus untuk inflasi teras, yang tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan persendirian.

Beliau juga mengulangi bahawa pendirian dasar kewangan MAS kekal sesuai, walaupun bank pusat itu juga berwaspada dengan perkembangan harga keseluruhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >