Premium
MTI: Ekon S'pura tumbuh 1.8%, atasi jangkaan
Apr 15, 2016 | 5:30 AM
KEGIATAN LEBIH RANCAK: Sektor binaan menunjukkan prestasi lebih baik apabila ia tumbuh 6.2 peratus berbanding pertumbuhan 4.9 peratus pada suku keempat tahun lalu. - Foto fail -
EKONOMI Singapura tumbuh 1.8 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding setahun lalu, mengatasi ramalan para pengamat, menurut perangkaan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
Pakar ekonomi swasta sebelum ini meramalkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) meningkat 1.6 peratus bagi suku dari Januari hingga Mac lalu berdasarkan satu tinjauan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

