SEDANG kebanyakan orang dibuai mimpi, Encik Ismail Ng pula menghiasi kereta pelanggannya dengan pelekat vinyl pada waktu sekitar 2 pagi hingga 3 pagi, dalam kesunyian di tempat meletak kereta bertingkat.

Semasa mula menyediakan khidmat itu, beliau terpaksa mengetuk pintu rumah pelanggan untuk memberi khidmat sambilan 'dari rumah ke rumah'.