Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Netflix umum kenaikan harga langganan

Dec 31, 2019 | 5:30 AM
KENAIKAN HARGA LANGGANAN: Netflix melaksanakan kenaikan harga pertama sejak perkhidmatan ditawarkan kali pertama di Singapura pada Januari 2016. - Foto REUTERS
KENAIKAN HARGA LANGGANAN: Netflix melaksanakan kenaikan harga pertama sejak perkhidmatan ditawarkan kali pertama di Singapura pada Januari 2016. - Foto REUTERS -

KHIDMAT penstriman Netflix telah mengumumkan kenaikan harga untuk ketiga-tiga peringkat perkhidmatan yang ditawarkan di Singapura, berkuat kuasa pada 9 Januari ini.

Perkhidmatan tahap terendah akan naik $1 sebulan, daripada $10.98 kepada $11.98.

Perkhidmatan tahap pertengahan akan meningkat sebanyak $2 sebulan, daripada $13.98 kepada $ 15.98 manakala perkhidmatan paling tinggi akan naik $3 sebulan, daripada $16.98 kepada $19.98.

Semua harga yang disemak itu termasuk cukai, lapor The Straits Times (ST).

Pelbagai peringkat itu berbeza mengikut harga berdasarkan mutu gambar (standard, tinggi atau ultra tinggi) dan bilangan strim serentak.

Pengguna Singapura telah menjangkakan semakan semula selepas Netflix mengumumkan kenaikan harga di Amerika Syarikat pada awal.

Ketua perhubungan Netflix bagi Asia Tenggara, Encik Leigh Wong, memberitahu ST kenaikan harga ini adalah yang pertama sejak perkhidmatan itu diperkenalkan di Singapura pada Januari 2016.

"Kami mempunyai pelaburan besar terhadap acara-acara dan kami mahu terus menyampaikan acara yang baik daripada pelbagai genre," katanya apabila mengulas kenaikan harga Netflix.

Semakan itu dilaksanakan sedang khidmat penstriman baru seperti Apple TV+ ($6.98 sebulan) kini semakin menarik pengguna, tetapi jurucakap Netflix berkata, mereka yakin pelanggan sedia ada akan kekal setia bersama Netflix.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg