Niaga kemuka cabaran dalam dialog Belanjawan anjuran BH, DPPMS
Premium
Niaga kemuka cabaran dalam dialog Belanjawan anjuran BH, DPPMS
Isu tenaga kerja, keupayaan bertahan apabila sokongan gaji Covid-19 berakhir antara yang diketengah, di samping pandangan perlu laku perubahan
Feb 24, 2021 | 5:30 AM
BINCANG BELANJAWAN: Encik Zaqy Mohamad (dua dari kanan) memberi respons kepada peserta dialog mengenai Belanjawan anjuran DPPMS dan Berita Harian semalam. Bersama beliau ialah (dari kiri, duduk sebaris) Timbalan Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor; Presiden DPPMS Encik Farid Khan; dan Timbalan Editor BH, Encik Nazry Mokhtar. - Foto BH oleh ONG WEE JIN -
ISU tenaga manusia, termasuk pekerja asing, dan keupayaan perniagaan terus bertahan semasa pandemik Covid-19, terutamanya sedang sokongan gaji di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) akan berakhir bagi kebanyakan sektor bulan depan, antara keprihatinan utama peniaga Singapura.
Namun, sedang mereka menghadapi kesukaran itu, adalah penting perniagaan berubah supaya mereka bukan dapat menangani cabaran semasa sahaja, malah bersiap sedia bagi peluang pertumbuhan baru pada masa depan.

