PERNIAGAAN masih boleh merebut peluang sekarang untuk berkembang meskipun di tengah-tengah kemerosotan disebabkan pandemik, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.
Ini sedang pemerintah menyediakan pelbagai skim sokongan termasuk Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) untuk menggalakkan syarikat menggajikan pekerja setempat.
Di samping itu, perniagaan boleh memanfaatkan kos pinjaman yang rendah sekarang ekoran kadar faedah pinjaman yang rendah untuk mengembangkan perniagaan mereka, kata Encik Zaqy.
"Soalannya adalah bagaimana kita boleh gunakan beberapa perkara ini, untuk menjana pertumbuhan dan berkembang, dan bergerak lebih pantas. Itulah strategi untuk bangkit lebih kukuh.
"Kami ada skim untuk membantu anda," ujar Encik Zaqy di satu dialog mengenai Belanjawan anjuran Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dan Berita Harian pada Selasa (23 Feb).
Sekitar 30 anggota DPPMS menyertai dialog sekitar dua jam itu yang diadakan di Village Hotel Bugis.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg