Nilai paun jatuh, sesetengah warga ambil peluang tukar wang
Premium
Nilai paun jatuh, sesetengah warga ambil peluang tukar wang
Sep 28, 2022 | 5:30 AM
PERMINTAAN MENINGKAT: Firma pengurup di Singapura mendapati permintaan meningkat bagi paun sterling apabila mata wang itu jatuh 4.9 peratus kepada paras terendah berbanding AS$1.0327 ($1.48) baru-baru ini. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -
KEJATUHAN nilai paun Britain berbanding dolar Singapura telah mendorong sesetengah warga tempatan membeli paun dan merancang melancong ke sana dengan kedatangan hujung tahun ini.
Beberapa pengurup memberitahu Berita Harian (BH) bahawa permintaan bagi paun meningkat sejak Sabtu lalu.

