Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Ninja Van luaskan khidmat, hantar makanan segar ke rumah

Apr 09, 2024 | 02:09 PM



Syarikat logistik ekspres tempatan Ninja Van meluaskan khidmatnya, dengan melancarkan khidmat penghantaran barangan sejuk, termasuk makanan sejuk seperti buah-buahan segar dan ubat-ubatan.

Khidmat terbaru itu adalah tambahan kepada khidmat biasa syarikat itu, iaitu, penghantaran bungkusan dan barangan yang dipesan dalam talian.

Daya usaha tersebut, yang diumumkan dalam sidang akhbar pada 8 April di ibu pejabat syarikat itu di Kay Siang Road, berhampiran kawasan Tanglin, ialah sebahagian rancangan peluasan syarikat itu sempena ulang tahunnya yang ke-10.

Bergantung pada saiz penghantaran, Ninja Van akan menggunakan kotak sejuk yang disimpan dalam armada van bersaiz lebih kecil atau trak penyejukan syarikat itu bagi membuat penghantaran barangan sejuk, lapor The Straits Times (ST).


Khidmat yang dikenali sebagai “logistik rangkaian sejuk” itu menghantar barangan dan makanan pada suhu dari 25 darjah Celsius di bawah paras sifar hingga 4 darjah Celsius.

Ninja Van percaya bahawa ia boleh menyediakan khidmat tersebut dengan lebih baik dan pada kos lebih rendah berbanding huraian daripada industri makanan dan farmaseutikal ketika ini.

Ini kerana ia dapat memanfaatkan skala perniagaan logistik e-dagang syarikat itu.

Pada masa ini, syarikat tersebut mempunyai hampir 1,000 kenderaan yang membuat 100,000 penghantaran di serata Singapura setiap hari.

Ninja Van menyatakan skala perkhidmatan syarikat itu membolehkannya mengumpul dan mengirim barangan ke pelbagai lokasi dalam satu perjalanan, berbanding membuat kiriman dari satu tempat ke satu tempat (P2P). Ini mengurangkan kos perkhidmatan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas bersama Ninja Van, Encik Lai Chang Wen, berkata syarikatnya kini menyediakan khidmat logistik rangkaian sejuk di Singapura dan Malaysia.

Sehingga kini, ia mempunyai sekitar 20 perniagaan yang memerlukan khidmat tersebut.

Beliau menjangka khidmat tersebut bakal menyumbang 10 peratus daripada pendapatan syarikat itu, dan 50 peratus daripada jumlah keuntungannya.

Syarikat tersebut turut mengumumkan pelancaran satu khidmat baru yang membantu perniagaan mengisi semula stok barangan di kedai mereka dengan lebih cekap.

Perkhidmatan tersebut memberi lebih banyak fleksibiliti kepada pemilik kedai, misalnya, dengan mengirim produk dengan jumlah lebih kecil ke kedai, dan menentukan jadual serta kekerapan penghantaran produk.

Ini bermakna perniagaan boleh menjimat ruang penyimpanan stok di kedai.

Ketua negara Ninja Van Singapura, Encik Ray Chou, menjelaskan bahawa dengan khidmat baru itu, syarikatnya bukan sahaja mengatasi masalah penghantaran bagi pelanggan, malah menawarkan “penjimatan besar” kepada pelanggan melalui khidmat logistik yang lebih cekap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >