Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesta buku Melayu 100% 'online', jualan meningkat

Sep 29, 2020 | 5:30 AM
BERLANGSUNG DALAM TALIAN: Acara pembukaan Pesta Buku Melayu Singapura ditayangkan secara langsung di Facebook pada 13 Oktober lalu, dan telah dihadiri pengerusi Majlis Bahasa Melayu, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (barisan tengah, kanan). - Foto JAWATANKUASA PENGANJUR PESTA BUKU MELAYU SINGAPURA
BERLANGSUNG DALAM TALIAN: Acara pembukaan Pesta Buku Melayu Singapura ditayangkan secara langsung di Facebook pada 13 Oktober lalu, dan telah dihadiri pengerusi Majlis Bahasa Melayu, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (barisan tengah, kanan). - Foto JAWATANKUASA PENGANJUR PESTA BUKU MELAYU SINGAPURA -

PESTA Buku Melayu Singapura, yang dikelola sepenuhnya secara dalam talian tahun ini, telah mendapat sambutan yang memberangsangkan tahun ini, kata penganjur.

Acara tersebut, yang diadakan buat tahun kedua, telah berlangsung pada 13 hingga 20 September lalu, bertemakan 'Meraikan Karya Melayu Singapura'.

Penjual buku telah melihat tempahan yang meningkat, serta menerima banyak pertanyaan mengenai buku mereka, kata seorang penerbit pesta tersebut, Cik Sharifah Md Kassim.

"Ramai mula menunjukkan minat terhadap buku-buku tempatan," kata Cik Sharifah, yang juga Pengarah EduReach Services.

Sebagai contoh, penjual buku dalam talian ungguncreative.com mendapat jauh lebih banyak tempahan semasa pesta buku tahun ini.

"Semasa minggu Pesta Buku, sudah tentu ada kenaikannya. Sebahagiannya disebabkan gembar-gembur daripada acara ini, dan kami juga telah melancarkan empat buku baru.

"Saya kira ia satu gabungan banyak faktor positif (yang menyumbang kepada kenaikan penjualan)," kata pengasas Unggun Creative, Encik Farihan Bahron.

Kedai-kedai lain seperti www.caliphreaders.com dan pustaka.com.sg/kedai juga mendapat banyak panggilan dan emel.

Namun, terdapat juga cabaran mengendalikan pesta buku dalam talian.

Ada kedai yang menghadapi masalah teknikal seperti cara pembayaran dan masalah lelaman, kata Cik Sharifah lagi.

Pesta Buku Melayu Singapura dianjurkan di bawah gerakan #BuySingLit, dan tahun ini bertemakan 'Meraikan Karya Melayu Singapura' - untuk memartabatkan buku-buku sastera Melayu setempat.

Acara pembukaan pesta itu ditayangkan secara langsung di Facebook pada 13 Oktober lalu, dan telah dihadiri pengerusi Majlis Bahasa Melayu, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).

Sebanyak sembilan buku Melayu juga telah dilancarkan di acara itu.

Acara Pesta Buku Melayu Singapura pertama diadakan di Wisma Geylang Serai tahun lalu, dan telah menarik sekitar 3,000 pengunjung sepanjang acara dua hari itu.

Tahun ini, acara itu sepatutnya kembali ke Wisma Geylang Serai tetapi disebabkan sekatan Covid-19, penganjur memutuskan untuk mengalihkannya ke dalam talian di laman Facebook Pesta Buku Melayu Singapura dan platform online Wisma Geylang Serai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg