Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

NTU, Nanofilm lancar makmal korporat $66j untuk bangun huraian nanoteknologi

Nov 29, 2023 | 03:59 PM



Sebuah makmal korporat bernilai $66 juta yang akan meningkatkan pembangunan solusi nanoteknologi di Singapura dirasmikan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) pada 28 November.

Kemudahan seluas 19,000 kaki persegi di Jurong itu, yang dijangka siap pada separuh kedua 2024, akan membolehkan NTU dan syarikat Nanofilm Technologies bekerjasama selama lima tahun.

Menurut laporan The Straits Times (ST), seramai 22 saintis dan jurutera daripada NTU dan Nanofilm akan bekerjasama di makmal itu sepanjang tempoh itu.


Seramai 27 lagi penyelidik akan direkrut dan 13 calon Doktor Falsafah (PhD) dilatih untuk berkhidmat di kemudahan itu menjelang 2028.

Kerja-kerja bagi 10 projek yang tertumpu kepada industri itu di bawah empat bidang penyelidikan utama telah pun bermula, iaitu:

- teknologi peralatan salutan;

- bahan termaju yang menjadi salutan, contohnya, bahan yang melindungi implan gigi daripada terkakis;

- teknologi fabrikasi nano yang digunakan dalam lensa peranti realiti maya (VR); dan

- usaha meningkatkan keupayaan tenaga hidrogen sebagai bahan api bersih.

Presiden NTU, Profesor Ho Teck Hua, berkata kerjasama itu akan mewujudkan wadah berkuasa untuk mempercepat proses mengubah hasil dan penemuan penyelidikan kepada solusi yang bersedia memasuki pasaran, di samping memacu teknologi tempatan ke hadapan dan mengembangkan kesan usaha NTU terhadap industri dan masyarakat.

“Makmal Korporat ini juga akan memainkan peranan penting dalam melatih bakat mahir untuk sektor perkilangan termaju Singapura sedang ia menjadi lebih bijak dan lebih hijau,” ujar Profesor Ho.

Nanofilm ditubuhkan pada 1999 oleh mantan pensyarah Sekolah Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik NTU, Dr Shi Xu, daripada hasil penyelidikan yang dijalankan di universiti itu.

Pada majlis pelancaran makmal korporat itu di NTU pada Selasa, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata usaha Singapura untuk membina ekosistem teknologi mendalam telah dipercepat sejak beberapa tahun lalu.

Singapura kini bekerjasama dengan “syarikat pembina usaha niaga” yang menarik modal perniagaan dan memupuk syarikat pemula inovatif, katanya.

Encik Heng menambah bahawa pelaburan dalam teknologi mendalam di Singapura telah meningkat hampir dua kali ganda antara 2020 dengan 2022.

Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, turut berkata makmal korporat memainkan peranan penting dalam ekosistem inovasi Singapura.

“Ia menyatukan rakan kongsi penyelidikan dan perusahaan yang berfikiran sehaluan untuk menghasilkan penemuan baru dan huraian yang boleh dilaksana dan dibawa ke pasaran,” ujar beliau.

“Terutamanya dalam ekosistem kecil seperti kita, kerjasama seperti ini membolehkan inovasi, mempercepat kemajuan dan mengukuhkan kesan di Singapura dan di luar sempadannya,” tambah Encik Heng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >