Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

NTUC akan bentuk pasukan bertindak teliti keperluan PME berusia

Bertujuan wujudkan peluang kerja yang sama rata: Chee Meng
Aug 28, 2020 | 05:30 AM



SATU pasukan bertindak bagi meneliti isu dan keperluan golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME), khususnya mereka berusia 40 tahun hingga 60 tahun, akan ditubuhkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang pekerjaan yang adil.



Ia akan dibentuk oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dengan kerjasama Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef), dengan tujuan untuk melibatkan PME lebih aktif serta membuat saranan kepada pemerintah dalam menyemak dasar yang boleh membantu mewujudkan peluang kerja yang sama rata, kata Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.



Pasukan bertindak itu yang dijangka beroperasi sekitar Oktober, akan diketuai oleh Penolong Setiausaha Agung NTUC, Encik Patrick Tay, dan Pengarah Eksekutif Snef, Encik Sim Gim Guan.



Encik Ng serta Presiden Snef, Encik Robert Yap, akan berperanan sebagai penasihat.



Bercakap dalam satu sesi media kelmarin, Encik Ng berkata pembentukan pasukan bertindak itu adalah usaha NTUC paling bersepadu dalam membantu golongan PME sejauh ini.



Ini kerana keadaan sudah mencapai titik perubahan, sedang lebih ramai PME yang berusia 40 hingga 60 tahun - golongan dianggap mudah terdedah - tampil dengan keprihatinan dan kebimbangan berhubung pekerjaan ekoran kemelesetan ekonomi, kata beliau.



"Sejak dua tahun lalu lagi, saya temui ramai PME yang meluahkan kegelisahan dan kekecewaan. Mereka merasakan bila dibuang kerja, amat sukar untuk memasuki semula dunia pekerjaan.



"Bila mereka ada pekerjaan, apabila berusia sekitar 45 tahun ke atas, mereka semakin gelisah sama ada pekerjaan itu selamat atau tidak.



"Dengan semua maklum balas ini, saya rasa kita sudah mencapai satu titik perubahan untuk NTUC mengambil tindakan dan melihat bagaimana kami boleh mengambil inisiatif bagi membantu PME," jelas Encik Ng.



Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perubahan pasaran dan kemungkinan 'kegagalan dalam pasaran' telah menghambat daripada mewujudkan peluang kerja sama rata.



"Kita mungkin boleh katakan bahawa titik perubahan ini berlaku kerana mungkin ada kegagalan dalam pasaran, dan kuasa pasaran.



"Justeru, kami menyeru agar pemerintah menyemak semula dasar, dan kami akan melihat bagaimana dapat campur tangan bagi memastikan adanya peluang kerja yang sama rata.



"Dengan cara ini, kita dapat menggerakkan kuasa pasaran dari semua peringkat agar dapat melangkah ke depan, mencapai kejayaan ekonomi dan pengagihan saksama pekerjaan untuk PME," terangnya.



Dengan terbentuknya pasukan bertindak itu, Encik Ng berharap NTUC dapat memahami keprihatinan PME dengan lebih terperinci serta keperluan mereka dalam latihan.



Ini kemudiannya akan membolehkan pasukan itu melakarkan saranan kukuh di peringkat dasar, yang boleh dibentangkan kepada pemerintah.



"Menerusi pasukan ini, kami mahu bekerjasama dengan pemerintah untuk meneliti apa dasar yang ada dan boleh diperkukuhkan atau disemak, dalam melindungi pekerja setempat," ujarnya.



Satu contoh yang boleh ditinjau, kata Encik Ng, ialah menimbangkan lingkungan gaji yang berlainan bagi Pas Pekerjaan (EP).



Ini, menurutnya, boleh menawarkan peluang berbeza untuk pekerja setempat dan pada masa yang sama, terus menggajikan pekerja bertaraf dunia dari luar negara di Singapura.



Seperkara lagi yang boleh diteliti pemerintah ialah mengetatkan lagi Rangka Kerja Pertimbangan Adil dan memastikan amalan penyumberan manusia di kalangan syarikat melaksanakan amalan terbaik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >