Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

NTUC, EZ-Link bekerjasama bagi permudah pembayaran tanpa tunai

Feb 1, 2018 | 5:14 PM
-

KONGRES Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) Social Enterprises dan EZ-Link kini menjalin kerjasama demi menjadikan urusan pembayaran tanpa tunai lebih mudah dan menarik.

Setiausaha Agung NTUC, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Encik Chan Chun Sing, berharap kerjasama itu akan menambah kesedaran orang ramai terhadap kaedah pembayaran tanpa wang tunai.

"Sistem tanpa tunai ini akan menjadi sesuatu yang lumrah. Kita tahu terdapat beberapa orang yang mempunyai keraguan, tetapi urusan pembayaran tanpa tunai ini akan menjadi lebih mudah dan pantas.

"Kami berharap kerjasama antara NTUC Social Enterprise dengan EZ-Link akan menjana kesedaran mengenai faedah dan juga menggalak lebih ramai orang menikmati pengalaman membayar tanpa tunai,'' kata Encik Chan, menerusi kenyataan NTUC Social Enterprises.

Beliau melancarkan kerjasama itu di pasar raya mini milik NTUC FairPrice, Cheers, di stesen MRT Tampines.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg