Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Old Chang Kee jalin kerjasama dengan Jumain Sataysfaction

May 21, 2022 | 05:30 AM



APABILA syarikat rangkaian makanan Old Chang Kee (OCK) bertanya jika syarikat pengeluar sate, Jumain Sataysfaction, mahu bekerjasama dengan mereka, Pengarah Urusan Jumain Sataysfaction, Cik Samsiah Suliman, mendapati sukar untuk menolaknya.



Ini kerana menurut Cik Samsiah, Old Chang Kee, merupakan sebuah jenama yang mempunyai sejarah yang panjang memandangkan ia ditubuhkan pada 1956.



Ia juga merupakan salah satu jenama warisan Singapura.



"Kita sering terbuka kepada usaha untuk bekerjasama dengan pertubuhan lain seperti semasa perlumbaan kereta Formula Satu (F1) dan acara nasional.



"Justeru apabila Old Chang Kee bertanyakan kepada kami tentang kemungkinan (usaha sama) ini, kami amat terbuka dengan idea tersebut.



"Lagipun syarikat kami juga cukup bersejarah kerana ia ditubuhkan oleh datuk kami pada 1910.



"Lantaran itu, ia merupakan satu usaha sama yang unik antara dua syarikat kecil dan sederhana setempat yang mempunyai sejarah silam yang lama dan jenama warisan Singapura," kata Cik Samsiah



Semasa Ramadan lalu, Jumain Sataysfaction membekalkan sate kepada kesemua 75 cawangan Old Chang Kee serta beberapa jenama sampingan lain seperti Curry Times Restaurants dan cawangan Dip 'n' Go.



Menurut Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Old Chang Kee, Encik Song Yeow Chung, maklum balas daripada pelanggan secara amnya amat baik dengan ramai yang dapat menikmati sate di cawangan Old Chang Kee merata negara.



"Maklum balas amat menggalakkan dengan beberapa cawangan Old Chang Kee mengalami trafik tinggi dan ada yang kehabisan bekalan dengan cepat semasa pada siang hari," ujarnya.



Menyentuh tentang mengapa Jumain Sataysfaction dipilih, Encik Song berkata pihaknya sebenarnya sudah mempunyai hubungan sedia ada dengan syarikat tersebut yang telah membekalkan produk sate yang disahkan halal bagi unit perniagaan mereka lain seperti khidmat katering Old Chang Kee.



"Semasa tempoh bulan Ramadan dan Hari Raya Puasa, kami sedang memikirkan apakah antara produk makanan cepat dan mudah serta dijamin halal, yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Muslim.



"Lagipun kami sedia maklum bahawa sate dari Jumain Sataysfaction, amat dikenali dan diterima baik oleh pelanggan Muslim," tambah Encik Song.



Jika lazimnya, sate dimakan dengan menggunakan lidi, tetapi bagi OCK, sate itu diletakkan di dalam cawan agar pelanggan dapat menikmatinya dengan mudah semasa dalam perjalanan.



Menurut Cik Samsiah, adalah amat menarik untuk melihat cara memasak dan menghidangkan sate oleh OCK yang berbeza daripada biasa.



"Namun kita dapat memastikan hasilnya tetap sama dan enak sepertimana rasa Jumain Sataysfaction yang dinikmati ramai selama ini.



"Apa yang menarik ialah maklum balas yang diterima amat positif kerana rasa dan mutu sate kekal sama," katanya.



Ditanya apakah manfaat bekerjasama, Encik Song berkata kedua-dua jenama mempunyai minat yang mendalam terhadap apa yang dilakukan.



"Kita boleh berkongsi pelanggan kami bersama, justeru pelanggan kami dapat menikmati kedua-dua produk jenama dengan mudah," katanya.



Cik Samsiah berkata dengan bekerjasama, lebih banyak peluang dapat diraih.



"Dalam era baru ini, atau norma baru, kita perlu melihat melebihi bekerja seorang diri dan melihat bagaimana segmen berbeza industri boleh bersatu dan bertukar-tukar sistem," ujar beliau.




"... Ia merupakan satu usaha sama yang unik antara dua syarikat kecil dan sederhana setempat yang mempunyai sejarah silam yang lama dan jenama warisan Singapura.

Dalam era baru ini, atau norma baru, kita perlu melihat melebihi bekerja seorang diri dan melihat bagaimana segmen berbeza industri boleh bersatu dan bertukar-tukar sistem."

- Pengarah Urusan Jumain Sataysfaction, Cik Samsiah Suliman.



"Maklum balas amat menggalakkan dengan beberapa cawangan Old Chang Kee mengalami trafik tinggi dan ada yang kehabisan bekalan dengan cepat semasa pada siang hari."
- Ketua Pegawai Kewangan, Old Chang Kee, Encik Song Yeow Chung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >