Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Optus lantik CEO baru, cuba bina semula kepercayaan

May 06, 2024 | 04:51 PM



Syarikat telekomunikasi Optus, anak syarikat Singtel di Australia, mengumumkan pada 6 Mei bahawa ia melantik Encik Stephen Rue sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) barunya, berkuat kuasa November ini.

Pelantikan tersebut dibuat hampir setengah tahun selepas mantan CEO, Cik Kelly Bayer Rosmarin, meletak jawatan berikutan insiden gangguan Internet Optus, lapor The Straits Times (ST).


Encik Rue telah menjadi CEO Rangkaian Jalur Lebar Nasional (NBN) Australia sejak 2018.

CEO Kumpulan Singtel, Encik Yuen Kuan Moon, berkata dalam satu kenyataan: “Optus telah menjadi sebahagian kumpulan syarikat Singtel selama dua dekad dan kekal sebagai komitmen jangka panjang dan strategik (Singtel).”

Encik Michael Venter akan kekal sebagai CEO sementara sehingga Encik Rue dilantik secara rasmi pada 2024.

Optus, pengendali telekomunikasi kedua terbesar di Australia, mengalami gangguan rangkaian Internet selama 12 jam pada November lalu yang menyebabkan lebih 10 juta rakyat Australia tanpa akses internet dan telefon.

Cik Rosmarin meletak jawatan hanya beberapa minggu selepas insiden tersebut, dan memendekkan tempoh perkhidmatan beliau.

Perkhidmatan Cik Rosmarin selama lebih tiga tahun turut dicemari dengan salah satu kes serangan besar siber di Australia yang mengakibatkan data peribadi pelanggan diceroboh.

Encik Rue dan lembaga pengarah Optus “akan bekerjasama untuk menetapkan semula strategi dan membina semula kepercayaan pelanggan terhadap jenama Optus”, kata kenyataan itu.

Encik Rue, yang pernah berkhidmat dengan NBN milik pemerintah Australia, sebagai ketua kewangan pada 2014, bertanggungjawab melancarkan rangkaian jalur lebar negara itu dan menyediakan akses internet kepada berjuta-juta rakyat Australia.

Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai pengarah di firma hartanah Rea Group, selain ketua kewangan di News Corp Australia.

Sekitar sebulan lalu, Singtel menyatakan bahawa ia tiada perjanjian untuk menjual Optus.

Ini selepas satu laporan menyatakan bahawa syarikat pengurus aset global dari Canada, Brookfield, telah mengadakan perbincangan untuk membeli 20 peratus saham Optus, tetapi kededua pihak tidak bersetuju dengan syarat penjualan saham itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >