Topik diikuti
Pergi ke BHkuOrang terkaya Singapura bernilai $10.9 bilion
Jan 20, 2015 | 5:30 AM
Orang terkaya Singapura bernilai $10.9 bilion
PENGASAS syarikat cat Nippon Paint South-East Asia Group (Nipsea), Encik Goh Cheng Liang, ialah orang terkaya di Singapura, dengan nilai kekayaan sebanyak AS$8.2 bilion ($10.9 bilion), menurut Indeks Hartawan Bloomberg.
Seorang berprofil rendah, Encik Goh, 87 tahun, memiliki Nipsea bersama Nippon Paint Holdings, sebuah syarikat berpangkalan di Osaka, Jepun.