Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakar ekonomi swasta ramal ekon S'pura naik 1.9% pada 2023: MAS

Mar 8, 2023 | 8:41 PM
Petumbuhan teguh di China, disokong oleh pembukaan semula ekonomi dan pelonggaran dasar, pertumbuhan global lebih baik daripada jangkaan, dan pemulihan sektor teknologi yang lebih pantas boleh meningkatkan lagi prospek Singapura.
Petumbuhan teguh di China, disokong oleh pembukaan semula ekonomi dan pelonggaran dasar, pertumbuhan global lebih baik daripada jangkaan, dan pemulihan sektor teknologi yang lebih pantas boleh meningkatkan lagi prospek Singapura. - - foto, fail.

PAKAR ekonomi sektor swasta telah menaikkan sedikit ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura kepada 1.9 peratus pada 2023 dari ramalan 1.8 peratus sebelum ini. Ia dijangka meningkat 2.5 peratus pada 2024, menurut satu tinjauan Penguasa Kewangan Singapura (MAS). Majoriti daripada 21 pakar ekonomi dan penganalisis yang menyertai tinjauan suku tahunan itu percaya pertumbuhan teguh di China, disokong oleh pembukaan semula ekonomi dan pelonggaran dasar, pertumbuhan global lebih baik daripada jangkaan, dan pemulihan sektor teknologi yang lebih pantas boleh meningkatkan lagi prospek Singapura. Median ramalan pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dalam tinjauan itu, yang dijalankan pada Februari, ialah 1.9 peratus bagi keseluruhan 2023. Ini lebih tinggi daripada pertumbuhan 1.8 peratus yang diunjurkan dalam tinjauan sebelumnya, pada Disember. Anggaran itu berada dalam separuh teratas julat ramalan luas pemerintah, iaitu pertumbuhan 0.5 hingga 2.5 peratus pada 2023. Median ramalan dalam tinjauan bagi Indeks Harga Pengguna (CPI) semua barangan - yang mengukur purata perubahan harga bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan yang biasa dibeli isi rumah - atau dinamakan inflasi utama, bagi 2023 ialah 5 peratus, turun daripada 5.2 peratus dalam tinjauan Disember. Tetapi, ramalan bagi inflasi teras, yang tidak termasuk penginapan dan pengangkutan peribadi, dinaikkan kepada 4.1 peratus daripada 4 peratus sebelumnya. MAS menjangka inflasi utama berada pada purata 5.5 hingga 6.5 peratus, dan inflasi teras 3.5 peratus hingga 4.5 peratus pada 2023. Responden dalam tinjauan itu mengekalkan kadar pengangguran keseluruhan mereka pada 2.2 peratus bagi akhir 2023, tidak berubah daripada tinjauan Disember. Bagaimanapun, 56 peratus responden memberi amaran ketegangan geopolitik dan tekanan inflasi yang meningkat adalah dua risiko utama ke atas ramalan mereka. Sementara itu, limpahan daripada kelembapan pertumbuhan luaran turut disenaraikan dalam tinjauan itu sebagai risiko penurunan utama oleh 31 peratus responden. Median ramalan bagi pelbagai sektor ekonomi dalam tinjauan itu menunjukkan perkilangan tidak akan mencatat pengembangan tahun ini, kewangan dan insurans akan mencatat perkembangan 2.5 peratus, dan pembinaan akan berkembang 4.2 peratus. Sektor perdagangan borong dan runcit dijangka tumbuh 1.9 peratus, manakala perkhidmatan penginapan dan makanan akan mencatat perkembangan 3.2 peratus. Responden menjangka eksport domestik bukan minyak (NODX) merosot 4 peratus pada 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg