Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pakar ekonomi terbilang, Lim Chong Yah, meninggal pada usia 91 tahun

Jul 08, 2023 | 05:53 PM



Profesor Lim Chong Yah, seorang pakar ekonomi terkemuka yang mengetuai sebuah badan yang bersatu-padu mengusahakan konsensus gaji untuk pekerja Singapura selama hampir tiga dekad - meninggal dunia pada pagi Sabtu.

Beliau berumur 91 tahun. Profesor Lim, anak seorang pekedai, dilahirkan di Melaka, Malaysia. Ibunya meninggal dunia ketika beliau berumur lapan tahun.

Beliau kemudian dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi di Universiti Malaya, yang ketika itu terletak di Singapura, dan kemudiannya menyertai perkhidmatan pentadbiran Singapura, lapor akhbar The Straits Times.

Beliau berkhidmat sebagai pengerusi Majlis Gaji Kebangsaan (NWC) selama 29 tahun, dan juga memegang gelaran Profesor Emeritus - anugerah akademik tertinggi - di Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).


Pada 2005, beliau telah dilantik sebagai Profesor Pengerusi Ekonomi Albert Winsemius di NTU. Jawatan profesor ini diberikan kepada cendekiawan tersohor.

Beliau meninggalkan dua anak perempuan dan dua anak lelaki. Anak sulungnya ialah peguam Lee Suet Fern, yang berkahwin dengan Encik Lee Hsien Yang – anak bongsu perdana menteri pertama Lee Kuan Yew, dan abang kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Salah seorang anak lelakinya, Dr Lim Suet Wun, adalah bekas ketua eksekutif Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional.

Sebagai pengerusi pengasas NWC - yang mengeluarkan garis panduan mengenai perkara berkaitan gaji setiap tahun, berdasarkan konsensus tiga pihak - dari 1972 hingga 2001, Profesor Lim menyumbang kepada pembangunan ekonomi Singapura.

Beliau juga merupakan pengerusi pengasas Majlis Penasihat Dana Pembangunan Kemahiran.

Dana itu ditubuhkan untuk melatih pekerja bagi tuntutan ekonomi Singapura yang disusun semula, yang melibatkan usaha mengurangkan pekerjaan berintensif buruh dan bergaji rendah, dan menarik pekerjaan dengan nilai ekonomi yang lebih tinggi.

Profesor Lim juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Ekonomi Singapura dari 1973 hingga 1991, dan merupakan ahli Majlis Presiden bagi Hak Minoriti.

Seorang pengarang yang prolifik, beliau telah menerbitkan lebih daripada 160 artikel jurnal, monograf dan buku. Dua daripada bukunya mengenai ekonomi telah digunakan di Singapura sebagai teks pelajar peringkat Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘A’.

Mereka yang pernah berinteraksi dan bekerja dengan Profesor Lim mengucapkan takziah kepada keluargan

Profesor Euston Quah, Albert Winsemius Profesor Pengerusi Ekonomi dan pengarah Pusat Pertumbuhan Ekonomi NTU, serta Presiden Persatuan Ekonomi Singapura, berkata beliau kali pertama bertemu Profesor Lim pada 1984, apabila beliau ditemu bual untuk jawatan di NUS.

“Pada masa itu, saya sudah merancang untuk kembali ke Canada, tetapi Profesor Lim yang menggalakkan saya datang ke Singapura. Beliau membimbing dan menasihati saya sepanjang bertahun-tahun di NUS.

“Selepas itu, Profesor Lim sekali lagi yang menggalakkan saya mengambil peranan baru di NTU sebagai Ketua Ekonomi di Pusat Pengajian Kemanusiaan dan Sains Sosial yang baru ditubuhkan pada 2005,” kata Profesor Quah.

“Saya sangat bertuah sepanjang kerjaya akademik saya kerana mendapat kepercayaan, kebijaksanaan, dan nasihat yang tidak ternilai daripada Profesor Lim.

“Beliau telah memainkan peranan penting dalam amanahnya bagi pembinaan negara. Banyak sumbangannya kepada para akademik terutamanya dalam pembangunan dan ekonomi dasar, dan kepercayaan besarnya bahawa ekonomi mesti berguna dan relevan kepada masyarakat,” tambah Profesor Quah.

Beliau menambah bahawa keprihatinan Profesor Lim terhadap penduduk biasa, seperti yang digambarkan oleh gesaannya untuk gaji minimum dan kerjanya dalam isu buruh, “terkenal”.

“Saya akan sangat merinduinya sebagai mentor, rakan sekerja, dan kawan yang dikasihi,” ujar Profesor Quah lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >