Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pakej gaji ekspatriat naik di S’pura, jatuh di HK

Jul 27, 2023 | 3:18 PM
NAIK GAJI: Jumlah pakej gaji dan faedah untuk pengurus pertengahan ekspatriat di Singapura meningkat kepada $342,904.
NAIK GAJI: Jumlah pakej gaji dan faedah untuk pengurus pertengahan ekspatriat di Singapura meningkat kepada $342,904. - Foto ST

HONG KONG: Kos pakej gaji ekspatriat di Singapura meningkat 4 peratus pada 2022, manakala kos pakej gaji pekerja profesional asing di Hong Kong jatuh, menurut satu kajian baru oleh perunding ekspatriat ECA International.

Jumlah pakej gaji dan faedah untuk pengurus pertengahan ekspatriat di Singapura meningkat kepada AS$258,762 ($342,904), akibat kos sewa yang lebih tinggi.

Peningkatakan itu mengecilkan jurang dengan pesaing Hong Kong, yang menyaksikan pakej ekspatriat jatuh 2 peratus pada AS$278,020.

Walaupun ada penurunan, Hong Kong mendaki tiga tempat untuk menjadi tempat kelima yang paling mahal di dunia untuk menghantar pekerja ekspatriat. Singapura menduduki di tempat ke-16.

“Lonjakan dalam kos penginapan ekspatriat di Singapura dapat dirasai oleh penduduk setempat dan ekspatriat, dicerminkan dengan kenaikan 9 peratus dalam kos faedah pakej ekspatriat apabila dihitung dalam mata wang dolar Amerika Syarikat,” kata pengarah rantauan Asia ECA International, Encik Lee Quane,.

“Hakikat bahawa gaji turun sebanyak AS$4,000 ($5,295) menghalang Singapura untuk mendaki lebih tinggi dalam kedudukannya.”

ECA International menyatakan, berbeza dengan 2022, gaji ekspatriat di kebanyakan lokasi di Asia jatuh pada 2023 yang menyebabkan penurunan pada jumlah gaji dan faedah di lebih separuh daripada lokasi pabila dihitung dalam mata wang dolar Amerika.

Jepun, India dan China menduduki tempat dua, tiga dan empat secara global di Kajian Gaji Pasaran MyExpatriat.

Pada 2022, Malaysia mempunyai pakej gaji dan faedah ekspatriat paling rendah di rantauan. Kos pakej keseluruhan jatuh 4 peratus kepada AS$164,696, dengan kos gaji menurun 6 peratus.

Britain kekal menduduki tempat teratas, di mana purata pakej – berbanding gaji, cukai dan faedah seperti penginapan, persekolahan antarabangsa dan utiliti – bernilai hingga AS$441,608 ($584,582), walaupun gaji hanya merangkumi 18 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Dolar Amerika yang kukuh mendorong Amerika naik tujuh anak tangga dengan kedudukan kesembilan, dengan pakej purata meningkat kepada AS$272,770 ($361,081), walaupun terdapat sedikit penurunan dalam gaji ekspatriat. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg