Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pameran OneAviation Careers tawar lebih 1,700 kerja

Aug 01, 2023 | 03:12 PM



Pameran kerjaya OneAviation Careers kembali dianjurkan minggu ini, menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada Selasa, sambil menambah bahawa temu duga secara langsung akan dijalankan untuk mengisi lebih 1,700 jawatan kosong.

Acara edisi kedua itu akan diadakan pada 4-5 Ogos di Pusat Konvensyen Suntec City dengan sekitar 40 peserta – hampir seganda berbanding 21 peserta dalam pameran pertama pada 2022.

Peserta pameran adalah “pemain utama dalam ekosistem penerbangan – lapangan terbang, penerbangan, pemerintah, kargo udara, pendidikan penerbangan, aeroangkasa, pengurusan trafik udara dan sistem tanpa pemandu,” kata CAAS dalam satu kenyataan media.

Temu duga secara langsung bagi lebih 1,700 jawatan akan dijalankan oleh lebih 20 majikan penerbangan, termasuk Airbus, Changi Airport Group, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Lotte Travel Retail, Rolls-Royce Singapura dan ST Engineering.

Temu duga secara langsung bergantung pada slot temu duga yang sedia ada. Mereka yang mencari kerja juga boleh melakukan prapendaftaran untuk temu duga di tapak pameran.

Pameran 2023 akan memperkenalkan Zon Pendidikan Penerbangan, yang akan mempamerkan laluan dan program pendidikan penerbangan dan peluang mempertingkatkan kemahiran untuk para pelajar dan profesional bertugas, kata CAAS.

Pengunjung juga boleh menghadiri pelbagai ceramah oleh syarikat-syarikat yang merekrut serta ceramah oleh pakar penerbangan dan profesional industri tentang subjek seperti penyahkarbonan dan teknologi penerbangan baru.

Dalam kenyataan media itu, Ketua Pengarah CAAS, Encik Han Kok Juan, mengimbas pameran 2022 dan berkata minat dalam edisi kedua ini memberi petanda baik bagi sektor penerbangan Singapura.

“Kami menyatukan pameran kerjaya dan pengambilan pekerja seluruh sektor penerbangan yang pertama pada tahun lepas untuk menghidupkan semula minat dalam sektor penerbangan selepas dua tahun tempoh Covid yang sangat sukar. Pameran itu menarik lebih 11,000 pencari kerja dan peminat penerbangan,” katanya.

“Penyertaan kukuh syarikat dan institusi pendidikan bagi edisi kedua ini yang hampir berganda daripada jumlah peserta pameran pada tahun lalu adalah bukti kejayaan usaha ini, harapan masa depan dan tuntutan besar warga Singapura untuk menyertai kami sambil kami bekerjasama membawa penerbangan Singapura ke tahap lebih tinggi,” kata beliau.

Pameran kerjaya OneAviation Careers dianjurkan CAAS dengan perkongsian bersama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), e2i NTUC (Institut Pekerjaan dan Daya Kerja) dan  Tenaga Kerja Singapura (WSG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >