Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Panasonic buang 700 pekerja di S'pura, tutup beberapa operasi perkilangan tapi kekalkan R&D

Sep 23, 2021 | 05:29 PM



FIRMA elektronik Panasonic akan menutup operasi perkilangan pemampat penyejukannya di Singapura lantas membawa pada pembuangan kerja 700 orang.



Bagaimanapun, ibu pejabat global bagi kegiatan perniagaan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) pemampat penyejukan akan kekal di Singapura, kata firma itu dalam kenyataannya kepada akhbar The Straits Times.



Singapura kekal sebagai hab serantau dan penting buat Panasonic, dengan kumpulan syarikatnya terus mempunyai lebih 1,400 pekerja merentasi pelbagai cabang perniagaan.



Pekerja yang diberhentikan membentuk sepertiga tenaga kerja di Singapura, di mana ibu pejabat Panasonic (Asia Pacific), sebuah syarikat Jepun, beroperasi.



Keputusan memberhentikan pekerja ini dibuat dalam keadaan mencabar, melihat pada masa depan perniagaan global terjejas, menyusuli semakan strategik portfolio perniagaan pemampat penyejukan firma ini, tambah Panasonic pada Khamis (23 September).



Pekerja yang terjejas, yang bertugas dalam bidang kawalan perkilangan dan kejuruteraan proses, akan diberitahu tentang perkara ini dalam empat sesi berasingan (setiap sesi mengambil masa 45 minit) pada Khamis.



Sekitar separuh pekerja yang terjejas adalah warga Singapura manakala lagi 13 peratus pula adalah penduduk tetap.



Hari terakhir kelompok pertama pekerja yang diberhentikan bertugas adalah 31 Mac tahun depan manakala hari terakhir bagi kelompok kedua dan terakhir pula adalah 30 September.



Panasonic menjelaskan ia akan menggabungkan operasi perkilangan pemampat di kemudahan yang sedia ada di Malaysia dan China.



Panasonic Appliances Refrigeration Devices Singapore (PAPRDSG) dibentuk pada 1972 dan kini menghasilkan pemampat bagi peti sejuk dan penyejuk beku bagi kegunaan rumah di kemudahannya di Bedok South Road dan Gul Road.



Firma ini berkata ia sedang bekerja rapat dengan agensi pemerintah, pihak berkuasa relevan dan Kesatuan Pekerja Perusahaan Elektronik dan Elektrik (UWEEI) bagi memastikan semua kakitangan yang terjejas disokong dengan baik sewaktu tempoh ini. Ini termasuk membantu mereka mencari tugasan baru.



Penasihat Penyelidikan dan Pembangunan serta pentadbiran mutu di PAPRDSG, Encik Khoo Chew Thong, memberitahu The Straits Times, sekitar 60 peratus kakitangan yang terjejas berusia 50 tahun ke atas manakala baki 30 peratus adalah antara 30 dengan 50 tahun.



Sesi pertemuan individu yang terjejas dengan pihak majikan akan diadakan dalam minggu-minggu mendatang, tambahnya.



Sedang 700 pekerja diberhentikan, PAPRDSG akan bekerjasama dengan syarikat lain dalam kumpulan Panasonic di Singapura bagi meneroka peluang bagi mereka mendapatkan pekerjaan semula, tambah Encik Khoo.



"Peluang diberi pekerjaan semula bergantung pada adanya pekerjaan dalam divisyen niaga serta kesesuaian tugas itu dengan mereka," katanya sambil menambah UWEEI sudah diberitahu mengenai pembuangan pekerja ini pada 21 September.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >