Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Panduan baru seragamkan penilaian dalam talian ejen hartanah dilancar: CEA

Oct 22, 2020 | 06:18 PM



PENILAIAN dalam talian ejen hartanah kini akan diseragamkan bagi keseluruhan industri hartanah di Singapura menyusuli pelancaran panduan baru oleh Majlis Agensi Hartanah (CEA) pada Khamis (22 Oktober).



Buat masa ini, agensi hartanah menentukan piawaian bagi penilaian pelanggan tetapi panduan baru ini bertujuan mengenalkan piawaian konsisten seperti ciri-ciri utama yang harus dijadikan ukur tara penilaian ejen.



Kini, penilaian yang dibuat akan menunjukkan sama ada ejen ini menyediakan khidmat di luar jangkaan pelanggan seperti menggunakan kalkulator digital dan jika ejen itu terbuka, jujur dan boleh dipertanggungjawabkan dengan sesuatu amanah atau mempunyai kemahiran yang diperlukan bagi mengusahakan urus niaga yang disenangi pelanggan.



Menurut satu kenyataannya pada Khamis (22 Oktober), CEA berkata pelancaran panduan 'Amalan Terbaik bagi Penilaian Pelanggan Ejen Hartanah' itu berlangsung sempena ulang tahun ke-10 CEA yang diraikan di alam maya. 



Menteri Negara  (Pejabat Perdana Menteri merangkap Pembangunan Negara) , Encik Tan Kiat How, menghadiri acara ini yang turut menghimpunkan di alam siber lebih 150 tetamu termasuk pemimpin agensi hartanah dan persatuan perindustrian, anggota lama dan yang ada kini di CEA dan pelbagai jawatankuasa serta alumni dan kakitangan CEA.



Panduan baru itu dihasilkan CEA dengan kerjasama Penilaian Kumpulan Kerja Ejen Hartanah (RPAWG). Kumpulan ini terdiri daripada wakil industri agensi hartanah, persatuan perindustrian dan pelanggan serta golongan akademik.



Ia merupakan satu inisiatif di bawah Peta Transformasi Industri Hartanah, (ITM), pelan induk yang dilancarkan pada Februari 2018 bagi membimbing industri ke arah usaha profesional lagi bersiap sedia bagi masa akan datang menerusi digitalisasi dan latihan.



Encik Tan, dalam pada itu, berkata panduan yang dilancarkan itu adalah langkah yang perlu dalam membantu pelanggan menemui ejen yang sesuai dalam talian.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >