Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Panduan untuk teroka pelaburan mampan yang kian berkembang

Jan 14, 2024 | 05:30 AM



Manusia telah melakukan perubahan drastik terhadap alam sekitar. Kita perlu mengubah tingkah laku dan melakukannya dengan segera.

Satu cara mudah yang anda boleh lakukan adalah dengan melaburkan wang anda secara bertanggungjawab. Pelaburan mampan telah muncul sebagai satu cara untuk memberi kesan positif kepada planet dan masyarakat sambil turut mencapai matlamat kewangan anda – dan popularitinya benar-benar mula berkembang.

Pada awal 2020, nilai global pelaburan mampan dalam pasaran kewangan utama berjumlah AS$35.3 trilion ($46.9 trilion). Itu sama dengan kira-kira satu pertiga daripada nilai semua syarikat tersenarai di seluruh dunia pada 2020, dan hampir 364 kali ganda jumlah yang dibelanjakan secara global untuk program angkasa lepas pada 2022, lapor The Business Times.


Tetapi apakah yang menjadikan pelaburan layak mendapat gelaran “mampan”? Dan apakah yang perlu anda pertimbangkan semasa menyelidik pelaburan mampan anda sendiri?

Kenal pasti pelaburan yang mampan

Pelaburan mampan ialah pendekatan pelaburan yang mempertimbangkan kriteria alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sebagai tambahan kepada faktor kewangan tradisional. Kriteria alam sekitar mungkin termasuk faktor seperti jejak karbon syarikat, penggunaan sumber dan kecekapan tenaga. Faktor sosial menilai cara syarikat mengendalikan perhubungannya dengan orang ramai, dan faktor tadbir urus melibatkan tingkah laku kepimpinan syarikat.

Pelaburan yang mampan dan beretika kadangkala digunakan secara bergantian. Tetapi penting untuk memahami perbezaan antara mereka. Pelaburan mampan cenderung kepada faktor ESG secara keseluruhan dan cara ia digunakan dalam sesebuah organisasi. Pelaburan beretika sebaliknya mempertimbangkan faktor moral, kepercayaan dan nilai sesebuah organisasi.

Tempat terbaik untuk mula meneliti kemampanan pelaburan adalah dengan menganalisis sama ada laporan tahunan syarikat individu atau helaian fakta dana kolektif. Semak amalan ESG organisasi. Adakah syarikat telah mematuhi semua piawaian yang ditetapkan?

Jangan lupa menyelidiki syarikat di pelbagai bidang pelaburan dan kewangan, kerana ramai mempunyai maklumat terperinci untuk syarikat tersenarai. Atau lihat sendiri di bursa saham.

Syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham London, sebagai contoh, mungkin telah menerima ‘Tanda Ekonomi Hijau’. Ini mengiktiraf syarikat dan dana yang memperoleh lebih separuh daripada pendapatan mereka daripada produk dan perkhidmatan yang menyumbang kepada objektif alam sekitar, seperti menangani perubahan iklim atau mengurangkan sisa dan pencemaran.

Nasdaq, bursa saham Amerika yang berpangkalan di New York, mempunyai Indeks Ekuiti Hijau. Indeks ini terdiri daripada syarikat yang berusaha untuk meningkatkan pembangunan ekonomi berdasarkan pengurangan penggunaan karbon.

Dan Bursa Saham New York mempunyai kelas aset baru bagi syarikat yang dipanggil Natural Asset Companies. Ini adalah syarikat yang memegang hak untuk pemeliharaan dan pemuliharaan aset semula jadi seperti pokok dan kawasan hijau, dan oleh itu membolehkan anda melabur secara langsung dalam perlindungan alam sekitar.

Adakah ia menguntungkan?

Hanya kerana pelaburan itu baik untuk alam sekitar tidak bermakna ia tidak akan menghasilkan wang. Untuk menyemak sama ada ia berkemungkinan menguntungkan, anda boleh melihat prestasi kewangan syarikat dan menganalisis ramalan untuk pertumbuhan dan rancangan masa depannya.

Anda harus mempertimbangkan kedudukannya dalam pasaran dan sebarang ciri unik yang dimilikinya, sambil juga menyemak sama ada kepimpinan syarikat memiliki sejumlah besar saham. Semak sama ada syarikat membayar dividen juga, dan ingat untuk menilai perancangannya berhubung potensi risiko yang boleh menjejaskan reputasinya.

Jika anda ingin melabur dengan tujuan meraih keuntungan, maka pertimbangkan syarikat yang kekurangan modal kerana berada dalam pasaran yang kurang matang atau khusus. Anda boleh melabur dalam jumlah kecil dalam syarikat baru yang berpotensi untuk pertumbuhan besar.

Syarikat yang lebih kecil boleh meraih kurang untung berbanding syarikat yang lebih besar. Tetapi potensi mereka untuk kesan positif mungkin lebih besar. Ini kerana, antara lain, syarikat kecil mungkin lebih cenderung untuk mengambil kira kitaran hayat penuh produk mereka.

Menjaga wang anda

Adalah penting bagi anda menjelaskan nilai dan matlamat anda sendiri sebelum memutuskan di mana anda melabur wang anda. Ini akan membantu menentukan sama ada minat anda sejajar dengan operasi, prestasi dan strategi jangka panjang ESG syarikat.

Pelaburan mampan boleh mengambil beberapa bentuk. Anda boleh memutuskan untuk menggunakan “penyaringan positif” di mana anda secara aktif mencari pelaburan yang sepadan dengan nilai anda. Atau anda boleh mengelakkan sebarang pelaburan yang anda tidak bersetuju – strategi yang dipanggil “penyaringan negatif”.

Anda juga harus menjalankan penyelidikan lanjut untuk memastikan syarikat itu benar-benar menjalankan aktiviti ESG.

Menyentuh soal proses pelaburan, anda boleh ditipu jika anda tidak memastikan platform yang anda gunakan boleh dipercayai dan mempunyai kelayakan yang berkaitan. Anda juga mungkin ingin mempertimbangkan penasihat kewangan bebas untuk mendapatkan nasihat profesional.

Pelaburan boleh naik dan turun. Tanggungjawab anda untuk menjalankan penyelidikan menyeluruh sebelum membuat keputusan pelaburan dan meletakkan modal pada risiko. Jangan melabur wang yang akhirnya buat anda mahu gigit jari.




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >