
TOKYO: Mata wang paun menjunam mendadak ke paras terendah dalam masa lebih 30 tahun berbanding dolar Amerika pada pagi Jumaat (7 Okt).
Mata wang itu jatuh tiba-tiba serendah AS$1.1378 di beberapa platform dagangan. Tetapi ia segera pulih sedikit, dipercayai hasil tindakan peserta pasaran bergegas membeli untuk memulihkannya.
Ia kali terakhir didagang pada kadar AS$1.2454.
Berbanding dolar Singapura, paun jatuh 4.4 peratus ke kadar terendah baru $1.6661 pada 7.13 pagi, daripada kadar penutup $1.7435 pada Khamis.
Ia pulih sedikit pada 11.30 pagi ke paras $1.7052.
Berbanding euro, paun merosot ke kadar 90.23 pence bagi satu euro.
Paun berlegar pada paras terendah sejak pertengahan 1980-an minggu ini, kerana pelabur bimbang kesan Britain meninggalkan dari Kesatuan Eropah (EU) kelak. - Reuters


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg