Premium
PayNow SG, PromptPay Thai dijalinkan pertengahan 2021
Bakal perboleh wang dipindah langsung antara pengguna perkhidmatan di dua negara melalui nombor telefon bimbit
Dec 9, 2020 | 5:30 AM
PERTAMA DI DUNIA: Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ravi Menon, berkata usaha menghubungkan sistem bayaran pantas nasional Singapura dan Thailand itu adalah yang pertama di dunia. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -
MULAI pertengahan tahun depan, orang ramai yang menggunakan khidmat PayNow di Singapura boleh langsung memindahkan wang kepada seseorang yang menggunakan PromptPay di Thailand dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit mereka bila-bila masa.
Mereka yang menggunakan PromptPay - khidmat serupa PayNow - di Thailand juga boleh memindahkan wang secara langsung kepada pengguna PayNow di sini dengan menggunakan nombor telefon bimbit masing-masing.

