Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pekerja gig prihatin soal CPF, lindungan yang cukup

Oct 12, 2023 | 02:05 PM



Apabila pandemik Covid-19 melanda Singapura, ia mengubah kehidupan ramai penduduk, termasuk Encik Ariff Salleh.

Beliau kehilangan pekerjaannya dan menyusuli itu, memutuskan untuk berkhidmat sebagai pekerja penghantaran atau pekerja platform sejak 2019.

Encik Ariff akur bahawa antara cabaran yang dihadapinya termasuk pendapatan yang tidak tetap dan tiada perlindungan yang mencukupi sekiranya berlaku kemalangan sewaktu beliau bekerja atau apabila beliau jatuh sakit.

Justeru, beliau kini sedang berusaha mencari pekerjaan sepenuh masa, kata beliau, semasa berkongsi pengalamannya dalam satu episod podcast #notapis baru-baru ini.

Encik Ariff merupakan antara sekitar 73,200 pekerja platform di Singapura pada masa ini.

Ini termasuk 30,600 pemandu kereta sewa peribadi; 16,700 pekerja penghantaran dan 26,300 pemandu teksi.

Pengarah Divisyen Operasi dan Mobilisasi Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Fahmi Aliman, berkata jumlah pekerja platform di sini meningkat dengan ketara semasa Covid-19, antara lain ekoran ramai pekerja yang kehilangan pekerjaan mereka serta wujudnya permintaan lebih tinggi bagi penghantar barang dan makanan.

Pada November 2022, Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform telah mengemukakan 12 saranan untuk memperkukuh perlindungan bagi pekerja platform menyusuli pendekatan dan pertimbangan selepas lebih setahun.

Saranan tersebut bertujuan memastikan pekerja platform mempunyai perlindungan kewangan mencukupi sekiranya mereka mengalami kecederaan semasa bekerja, mempertingkat kecukupan persaraan dan perumahan, serta mempertingkat perwakilan bagi golongan itu.

Pemerintah telah menerima kesemua saranan itu dan langkah yang diusulkan itu akan dilaksana secara bertahap pada 2024.

Berkongsi pandangannya dalam pocast yang sama, Encik Fahmi, yang juga Mayor CDC South East berkata:

“Kita boleh lihat daripada surat khabar, sedihnya ada yang mengalami kemalangan di situ mereka tidak dapat bantuan langsung.

“Jadi di situ kalau mereka sakit untuk seminggu, mereka tidak ada duit harian untuk seminggu.

“Yang ini kita dapat lihat juga dan saya sebagai AP (anggota parlimen) di Geylang Serai pun kadangkala saya nampak ramai orang orang Melayu kita yang minta bantuan sebab kerana suaminya seorang pekerja gig kerana sakit, kemalangan ke atau tak sihat badan sehingga dua minggu tidak bekerja dan kerana itu mendapat kesukaran sedikitlah dari segi kewangan dan seterusnya.”

Ini turut diakui Encik Ariff yang pada mulanya rasa sangsi, terutama sekali mengenai perlunya memberi sumbangan CPF.

Namun setelah difikirkan semula, beliau dapat melihat pentingnya sumbangan CPF ini bagi masa depannya.

“Saya rasa ini tindakan yang baik.

“Pada masa yang sama ia juga memaklumkan kepada pekerja gig yang muda bahawa ini merupakan sesuatu yang penting untuk ada sekiranya harus bertabung untuk membeli rumah dalam masa akan datang atau untuk melindungi diri mereka dari segi kesihatan dalam masa akan datang,” ujar Encik Ariff.

Anggota Jawatankuasa Pusat NTUC, Encik Sazali Zainal, menarik perhatian pentingnya melihat usaha ini dengan perspektif yang lebih luas.

“Sekiranya pekerja platform yang tidak mempunyai MediSave jatuh sakit atau semakin berumur, mereka akan bergantung pada MediFund untuk menampung kos perubatan mereka.

“Jika lebih banyak MediFund diperlukan, pemerintah harus menaikkan cukai bagi semua penduduk Singapura. Tambahan lagi, sumbangan CPF ini akan dibuat secara berperingkat dan akan terdapat program untuk membantu para pekerja platform menyesuaikan diri pada perubahan ini.

“Oleh itu, mereka tidak perlu berasa bimbang bahawa perubahan ini akan berlaku dengan mendadak,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Encik Fahmi turut menarik perhatian usaha yang disediakan untuk membantu pekerja platform meraih kemahiran baru dan pekerjaan tetap.

Ini termasuk program seperti bidang tumpuan keempat (FA4) MKuasaTiga (M3), Career Starter Lab dan Mentor Pathfinders oleh NTUC yang bertujuan memberikan panduan dan sokongan bagi pekerja platform untuk bekerja sepenuh masa.

Di samping itu, NTUC juga akan mengadakan karnival dan pameran pekerjaan yang memaparkan peluang pekerjaan yang ada.

Karnival Pekerjaan & Kemahiran 2023 yang akan berlangsung pada 18 hingga 19 November, akan menyaksikan pelbagai agensi berkumpul untuk mengatur aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.

Semasa karnival, peserta yang mencari peluang pekerjaan akan dapat belajar dan bertemu bersama jurulatih kerjaya NTUC tentang cara untuk kekal relevan dalam tenaga kerja hari ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perbincangan tentang saranan Jawatankuasa Penasihat bagi Pekerja Platform dan usaha NTUC bagi pekerja platform, dengar podcast #NoTapis menerusi Spotify atau laman www.beritaharian.sg/podcasts.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >