Topik diikuti
Pergi ke BHkuPekerja SG mahu lebih banyak fleksibiliti, latihan dan tarikan gaji
Pekerja SG mahu lebih banyak fleksibiliti, latihan dan tarikan gaji
Tinjauan dapati majoriti rancang berhenti kerja jika tuntutan tidak dipenuhi
Pekerja SG mahu lebih banyak fleksibiliti, latihan dan tarikan gaji
Pandemik Covid-19 telah mengubah lanskap pekerjaan di Singapura dengan para pekerja mempunyai jangkaan yang semakin meningkat, sejajar dengan keperluan syarikat untuk mendapatkan tenaga kerja. Sikap dalam kalangan pekerja tempatan turut berubah. Bagaimanapun dalam dunia yang tidak menentu sekarang, sejauh mana realistik perubahan sikap dan jangkaan ini? BERITA MINGGU melaporkan.
PEKERJA di Singapura telah meningkatkan jangkaan mereka untuk mempunyai lebih banyak fleksibiliti, latihan dan gaji dalam pekerjaan mereka, dengan ramai yang sanggup berhenti atau langsung tidak menimbangkan pekerjaan yang kekurangan faktor ini, menurut beberapa tinjauan tahun ini.
