Premium
Pelanggan bertambah, niaga meningkat
Aug 16, 2020 | 5:30 AM
KEPUTUSAN YANG TEPAT: Encik Tirumal Bandari gembira buat keputusan dapatkan sijil halal.- Foto BEYOND PANCAKES -
PENGALAMAN mencabar mencari restoran atau kafe halal apabila keluar makan bersama teman-teman Muslim beberapa tahun lalu telah menyedarkan Encik Tirumal Bandari tentang kurangnya pilihan makanan halal dalam pasaran.
Lantaran itu, apabila beliau memutuskan membuka perniagaan makanannya sendiri pada 2016, Encik Tirumal bertekad untuk mendapatkan pensijilan halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) agar semua golongan masyarakat dapat menikmatinya.

