Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SUSULAN HUKUMAN LEBIH TEGAS JIKA LANGGAR LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT

Pelanggan patuh mudahkan restoran

Sep 22, 2020 | 05:30 AM



RESTORAN Waku Waku dan Fat Papas di Bali Lane yang dimiliki oleh artis Sheikh Haikel, tidak khuatir akan pendekatan tegas yang dilancarkan minggu lepas oleh Kementerian Kesihatan.



Beliau yakin bahawa operasinya selama ini telah mengikut protokol yang diberikan dengan teliti.



"Selama ini, kami telah mematuhi dan mengikut ketat dengan peraturan yang diarahkan.



"Sebagai contoh, kami memastikan pelanggan duduk bersebelahan berbanding dengan duduk bersemuka, protokol membersihkan restoran, staf kami juga akan sering memperingatkan pelanggan untuk menjaga jarak selamat ketika beratur atau menunggu di luar restoran dan prosedur asas yang lain," kata Haikel.



Tempat duduk di kedua-dua restoran Sheikh Haikel telah dikurangkan. Selepas restoran dibuka kepada pelanggan dalam fasa dua, bagi menjaga jarak selamat antara meja-meja, mereka telah menampal pangkah 'X' di tempat-tempat duduk tertentu. Pelanggan tidak dibenarkan duduk di tempat-tempat yang dipangkah.



Bagi kedua-dua restoran itu, sekitar tiga meja telah dipangkah, menjadikan jumlah keseluruhan pelanggan yang restoran mereka dapat menampung adalah sekitar 30 hingga 35 orang, berbanding dengan sebelum itu seramai 50 orang.



Apabila ditanya jika beliau mengalami pelanggan yang sukar ditangani, rakan kongsi perniagaannya, Encik Bernie Tay, yang menjaga operasi kedai-kedai itu menjawab:



"Sejauh ini tidak ada. Kesemua pelanggan kami turut ikut peraturan kami dengan baik. Saya juga memastikan bahawa kakitangan saya sentiasa teliti dengan keadaan, terutama di tingkat dua kerana jauh dari pandangan mata.



"Kami juga tegas dengan protokol kami. Kami inginkan operasi yang teratur. Jadi, kami juga memastikan bahawa pelanggan semuanya duduk rapi dan tidak berdiri di mana-mana. Saya rasa pelanggan kami semuanya berdisiplin," kata Encik Tay dengan tawa kecil.



Apabila ditanya apakah pendapat mereka mengenai peraturan tegas ini, Sheikh Haikel menegaskan:



"Ramai orang terlalu selesa, memandangkan kita semua sudah dibenarkan keluar dan bergaul. Tetapi mereka lupa bahawa kita masih mengalami pandemik, semua orang masih menggunakan pelitup muka. Saya rasa, peraturan yang lebih ketat ini adalah akibat ramai di antara kita alpa akan keadaan ini (Covid-19)".



Baru-baru ini, restorannya juga telah meningkatkan tahap pembersihan dengan menggunakan penyembur anti mikrobakteria.



Menurut Sheikh Haikel dan isterinya Anna Belle Francis, cecair yang disembur itu asasnya air dan ia adalah produk sama yang digunakan oleh pemerintah untuk membersihkan MRT.



"Jika pemerintah menggunakannya, saya rasa tepat bagi saya menggunakannya juga kerana mereka (pemerintah) hanya akan lakukan yang terbaik untuk rakyat," tambah Sheikh Haikel.



Selain itu, Sheikh Haikel berharap bahawa sebagai satu rakyat, kita harus bekerjasama dan menuju ke arah yang sama iaitu pulih dari pandemik dan pulihkan ekonomi.



"Sebagai peniaga, peranan kami hanya dapat berwaspada di kawasan kedai. Namun, masyarakat mempunyai peranan yang lebih besar dan harus bertanggungjawab ke mana sahaja mereka pergi. Hal ini mengambil dua tangan untuk bertepuk. Saya harap kami semua dapat bekerjasama untuk kembali semula ke norma sebelum ini," nasihat dan harapan Sheikh Haikel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >