Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelbagai keupayaan tangani cabaran jangka panjang

Feb 15, 2023 | 5:30 AM
PELBAGAI KEUPAYAAN: Encik Sim Koon Lam (kanan), pengasas dan pengerusi eksekutif Mooreast Holdings bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong. - Foto MCI
PELBAGAI KEUPAYAAN: Encik Sim Koon Lam (kanan), pengasas dan pengerusi eksekutif Mooreast Holdings bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong. - Foto MCI -

WALAUPUN syarikat Mooreast Holdings Ltd adalah antara tiga pemain global utama dalam sektor luar pesisir dan kelautan, ia terus mempelbagaikan keupayaan untuk menangani cabaran jangka panjang.

Ia adalah antara contoh syarikat yang mempunyai rekod prestasi dan kejayaan antarabangsa yang kukuh serta berpotensi untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong telah menukil contoh ini dalam ucapan Belanjawan 2023 di Parlimen Selasa.

Beliau yang melawat syarikat itu baru-baru ini, berkata bahawa syarikat itu menyediakan huraian tambatan dan penambat khusus bagi sektor luar pesisir dan kelautan.

"Kita tidak sentiasa melihat di sebalik pelantar terapung.

"Tetapi rekaan yang baik, kejuruteraan dan keupayaan pengilangan diperlukan bagi memberi huraian tambatan khusus untuk keadaan luar pesisir pantai dan dasar laut yang berbeza.

"Dan Mooreast kini antara tiga pemain global utama dalam bidang tukikan ini. Tetapi ia juga mengenal pasti cabaran jangkaan panjang dalam bidang ini.

"Ia telah mempelbagaikan dan menggunakan keupayaannya dalam pasaran tenaga diperbaharui luar pesisir," jelas Encik Wong.

Dalam hal ini, syarikat itu sudahpun menjamin kontrak bagi projek menyediakan penambat bagi turbin angin di Jepun dan Eropah.

"Dan akan ada lebih banyak peluang pada masa mendatang dengan permintaan untuk projek tenaga diperbaharui dan luar pesisir lain," tambah Encik Wong.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg