Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pelbagaikan sumber produk untuk hadapi ketidaktentuan bekalan dan harga

Oct 17, 2021 | 05:30 AM



WALAUPUN pandemik Covid-19 menjejas rantai bekalan global, ia hanya memperkukuhkan iltizam NTUC FairPrice untuk memastikan rakyat Singapura terus mampu membeli barangan harian, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan FairPrice, Encik Seah Kian Peng.



Sejak ditubuhkan, rangkaian pasar raya itu telah mempelbagaikan sumber produk - satu strategi yang membolehkan ia menangani ketidaktentuan dalam bekalan dan harga, khususnya dalam masa krisis.



Hasilnya, ia dapat terus menawarkan bekalan dan produk yang dimampui dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat, jelas Encik Seah.



"Sistem rantai bekalan global bagi semua industri telah dijejas oleh Covid-19 dan tiada yang terkecuali.



"Industri runcit, khususnya pasar raya dan farmasi merasakan kesan sepenuhnya. Tetapi, pandemik ini telah mengukuhkan tekad kami untuk memenuhi misi sosial kami bagi memastikan barangan harian tetap ada dan dimampui semua," ujar beliau.



Menurut Encik Seah, pandemik ini adalah satu keadaan luar biasa yang telah menjejas bekalan global manakala harga barangan tertentu akan berdepan dengan ketidaktentuan.



"Semasa tempoh ini, kos pengiriman, bahan mentah dan pengeluaran telah melambung dengan ketara dan kami kenal pasti yang kami dalam situasi sangat dinamik dan pesat berubah yang boleh menjejas bekalan.



"Antara strategi paling awal yang kami laksanakan apabila FairPrice ditubuhkan ialah untuk mempelbagaikan sumber kami.



"Buat masa ini kami mendapat sumber barang dari lebih 100 negara. Kami dapat memanfaatkan rangkaian pembekal yang pelbagai dari serata dunia, dan pada masa sama menubuhkan sumber bekalan baru bagi memastikan barangan harian terus ada dan dimampui," terang Encik Seah.



Beliau memberi contoh produk telur.



Tahun lalu sahaja rakyat Singapura menggunakan lebih 2.2 bilion telur atau sekitar 388 telur seorang.



Bagi memastikan ia dapat memenuhi permintaan itu, ia menawarkan telur dari pelbagai sumber termasuk Malaysia, Australia, New Zealand, Korea Selatan mahupun ladang di Singapura.



Semasa tempoh Covid-19 ini, rangkaian pasar raya itu menambah Sepanyol, Ukraine dan Poland sebagai sumber tambahan untuk telur, demi memenuhi selera warga.



Sementara itu, Encik Seah berkongsi pihaknya juga mempromosikan dan bekerja rapat dengan agensi pemerintah untuk mendidik masyarakat tentang sumber makanan baru dan jenama baru dari seluruh negara.



"Ini untuk memastikan pelanggan mempunyai pilihan produk lebih luas untuk dipilih serta mengukuhkan keselamatan makanan dengan mengelak daripada terlalu bergantung kepada jenama khusus atau negara tertentu.



"Ini akan membantu memastikan kemampanan jangka panjang rantai bekalan makanan kita," tambah Encik Seah.



Dalam hal ini, FairPrice telah mempromosikan ladang dan syarikat tempatan dalam usaha menyokong kebergantungan diri.



Ini menerusi program Sokongan dan Pembangunan Pembekal SME FairPrice yang membantu SME menangani kenaikan kos perniagaan dengan mengurangkan terma pembayaran dan yuran penyenaraian.



Ini sejajar dengan matlamat negara untuk menghasilkan 30 peratus daripada keperluan pemakanan menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >