Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pelepasan karbon dari arang batu per kapita di negara G20 naik 7%: Kajian

Sep 5, 2023 | 2:26 PM
PELEPASAN KARBON: Sebuah kawasan industri di Wilayah Shanxi merupakan antara tempat utama yang menjana kuasa arang batu di China pada 22 Oktober 2021.
PELEPASAN KARBON: Sebuah kawasan industri di Wilayah Shanxi merupakan antara tempat utama yang menjana kuasa arang batu di China pada 22 Oktober 2021. - Foto New York Times

Pelepasan karbon per kapita di negara Kumpulan 20 (G20) telah meningkat sebanyak hampir 7 peratus daripada jana kuasa arang batu sejak 2015, manakala China dan India menambah loji baru dan kiraan karbon dioksida di Australia adalah hampir tiga kali lebih tinggi daripada purata sedunia, menurut satu kajian pada Selasa.

Semasa kumpulan negara itu berkumpul di sidang puncak di India pada minggu ini, tujuh anggotanya – China, Brazil, India, Jepun, Korea Selatan, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat – belum melakar rancangan untuk mengurangkan penggunaan arang batu, menurut kumpulan persekitaran Ember, yang memberi tumpuan pada peralihan global kepada elektrik bersih.

Negara G20 menyumbang 80 peratus pelepasan dengan karbon dioksida bagi setiap kapita daripada jana kuasa arang batu sebanyak 1.6 tan tahun lalu – meningkat daripada 1.5 tan pada 2015 dan ketara lebih tinggi daripada purata global 1.1 tan, menurut Ember.

China, pengguna arang batu terbesar dunia dan sumber karbon dioksida terbesar, melihat pelepasan setiap kapital mencecah 3.1 tan pada 2022 – meningkat 30 peratus daripada 2015 walaupun dengan tambahan 670 gigawatt (GW) kapasiti yang boleh diperbaharui pada tempoh 2022.

Beijing telah berikrar akan mula mengurangkan penggunaan arang batu tetapi tidak sehingga tempoh perancangan dari 2026 hingga 2030. China telah terus membangun loji jana kuasa arang batu baru dengan 243 GW kuasa arang batu diluluskan atau sedang dalam pembinaan – cukup untuk menjana tenaga di seluruh Jerman, menurut satu kajian baru-baru ini.

India juga melihat pelepasan bagi setiap kapita daripada sektor arang batu meningkat 29 peratus sehingga 0.8 tan pada tempoh 2022.

“China dan India seringkali dipersalahkan sebagai pencemar jana kuasa arang batu terbesar di dunia. Tetapi jika anda mengambil kira jumlah penduduk mereka, Korea Selatan dan Australia adalah pencemar utama pada 2022,” kata Encik Dave Jones, salah seorang penulis dalam laporan Ember.

Australia telah mengurangkan melebihi satu suku pelepasan setiap kapital daripada jana kuasa arang batu sejak 2015, tetapi kekal melebihi empat tan setiap kepala. Pelepasan Korea Selatan telah turun hampir 10 peratus kepada 3.3 tan setiap kepala, kedua paling tinggi di G20. – Reuters.

“Sebagai ekonomi matang, mereka harus meningkatkan elektrik yang boleh diperbaharui secara konfiden bagi membolehkan jana kuasa arang batu dihapuskan secara berperingkat pada 2030.”

Di sidang puncak G20 lalu pada Julai, negara-negara gagal mencapai persetujuan tentang komitmen untuk meningkatkan perubahan iklim dengan segolongan menyalahkan China kerana menyekat perjanjian. – Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg