Premium
Peluang firma sektor jagaan masyarakat bina keupayaan
Hospital Kwong Wai Shiu jadi pemimpin pembelajaran, latihan dalam kerjasama SkillsFuture Queen Bee pertama sektor itu
Nov 14, 2020 | 5:30 AM
INTERAKSI BERSAMA: Encik Lawrence Wong (tengah) bersama (dari kiri) CEO KWSH, Dr Ow Chee Chung; Pengerusi Lembaga Pengarah KWSH, Encik Patrick Lee; dan Profesor Tan Thiam Soon beramah-tamah bersama CEO KroniKare, Encik Ali Y. Aladdin (kanan), dan pengurus jururawat Cik Serene Tan semasa lawatan ke SIT semalam. - Foto BH oleh GIN TAY -
SEKITAR 100 perusahaan sektor penjagaan masyarakat berpeluang membina keupayaan mereka, misalnya dalam huraian teknologi dan kemahiran penjagaan masyarakat, dalam tempoh tiga tahun mendatang di bawah satu kerjasama baru yang diumumkan semalam.
Ini setelah Hospital Kwong Wai Shiu (KWSH) dilantik sebagai pemimpin bagi pembelajaran dan latihan di bawah kerjasama SkillsFuture Queen Bee pertama bagi sektor penjagaan masyarakat semalam.

