Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Peluang usahawan tempatan tonjol kemampuan, inovasi di Qatar

Nov 08, 2023 | 05:30 AM



USAHA memacu Singapura ke arah kemajuan peringkat global dalam aspek inovasi dan teknologi meningkat setapak lagi menyusuli pengumuman penganjuran Cabaran Inovasi Bersama Qatar-Singapura (QSJIC), yang menawarkan ganjaran sehingga $150,000 bagi syarikat tempatan yang berjaya.

Ia diumumkan secara bersama oleh Majlis Inovasi, Pengembangan dan Penyelidikan Qatar (QRDI) dan agensi keusahawanan setempat, Enterprise Singapore (EnterpriseSG), baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif untuk Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika di Enterprise SG, Encik G. Jayakrishnan, berkata, “usaha mengadakan inovasi bersama ini akan memperdalam kerjasama antara Qatar dan Singapura”.

Menurut kenyataan Majlis QRDI kepada Berita Harian, kerjasama ini “mencatat sejarah tersendiri” dengan tiga syarikat Qatar – Syarikat Pengurusan dan Operasi Lapangan Terbang Qatar (Matar), Qatar Insurance Co (QIC) bersama Rakan Niaga, dan Kementerian Sekitaran dan Perubahan Iklim (MoECC), telah mengemukakan tujuh kenyataan permasalahan yang memerlukan idea baru bagi menghuraikan permasalahan dalam bidang seperti tenaga, kemampanan dan insurans-teknologi (insurtek).

“Syarikat Singapura punya kepakaran yang bersesuaian dalam bidang tenaga, kemampanan sekitaran dan insurtek (insurans-teknologi), dan kami yakin mereka boleh menjadi rakan berkesan menerusi penyertaan dalam entiti Qatar dalam membangunkan huraian dan produk yang memenuhi matlamat kemampanan Qatar,” kata Encik Jayakrishnan.

Menariknya, para pemenang QSJIC akan berpeluang melaksanakan projek perintis dengan tiga agensi yang terlibat dan masing-masing pemenang mampu meraih sehingga $150,000 bagi melaksanakan huraian yang diusulkan mereka.

Maklumat lanjut tentang QSJIC ini boleh didapatkan di laman https://qatar.innovation-challenge.sg/en/challenges/cycle-1

QSJIC telah dilancarkan semasa Minggu Inovasi dan Teknologi Singapura (SWITCH) yang diadakan di sini antara 31 Oktober hingga 2 November lalu.

Persidangan Switch anjuran EnterpriseSG, merupakan satu festival bagi syarikat baru yang berkembang di Asia dan bertindak sebagai penyambung bagi teknologi lebih mendalam selain menerajui usaha mendorong pertumbuhan syarikat baru Singapura dan ekosistem inovasi, menerusi perbincangan dan kerjasama yang dijalin dengan usahawan dunia dan masyarakat dalam bidang teknologi.

Majlis QRDI telah dibentuk pada 2018 bagi mendorong usaha penyelidikan, pengembangan dan inovasi (RDI) di peringkat nasional, sejajar dengan Wawasan Kebangsaan Qatar 2030 dan Strategi Pembangunan Nasional Kedua (2018-2022).

Majlis QRDI telah membangunkan strategi sedekad, QRDI 2030, yang bertujuan mewujudkan usaha tempatan yang menjalin ekosistem RDI di peringkat global, serta menggerakkan kepimpinan merentasi pemerintah, akademik dan industri bagi merubah masa depan sosial dan ekonomi Qatar.

Ahli Majlis QRDI terdiri daripada pemimpin dan pakar industri.

QSJIC merupakan aktiviti pertama antara Majlis QRDI dan EnterpriseSG sejak kedua-dua pihak menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Jun 2023.

“Kerjasama strategik ini bertujuan merangsang kerjasama rentas sempadan dan inovasi terbula, memacu Qatar ke arah inovasi dan ekonomi berteraskan ilmu,” menurut kenyataan Majlis QRDI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >