Pembangunan bersepadu Paya Lebar bernilai $3.2b akan dibangunkan
Premium
Pembangunan bersepadu Paya Lebar bernilai $3.2b akan dibangunkan
Oct 18, 2016 | 5:30 AM
CIRI MELAYU DITERAPKAN: Seni bina Paya Lebar Quarter mendapat inspirasi hasil tenunan songket. - Foto LENDLEASE -
SEBUAH pembangunan bersepadu meliputi ruang komersial, runcit dan perumahan, Paya Lebar Quarter, bernilai $3.2 bilion akan dibangunkan oleh syarikat pemaju hartanah Australia, Lendlease, bagi merancakkan kawasan Paya Lebar di samping mengekalkan ciri-ciri budaya Melayu yang kaya di kawasan itu.
Pembangunan itu akan melengkapi pembangunan Wisma Geylang Serai yang akan siap pada 2018, menurut Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Profesor Madya Fatimah Lateef.

