Pemberhentian kerja terendah dalam tempoh hampir 7 tahun
Premium
Pemberhentian kerja terendah dalam tempoh hampir 7 tahun
MOM: Jumlah pemberhentian kurang dalam suku pertama tahun ini di bidang perkilangan, binaan dan perkhidmatan
Apr 28, 2018 | 5:30 AM
MENUNJUKKAN PENINGKATAN: Meskipun pasaran buruh terus menunjukkan peningkatan dengan jumlah pemberhentian kerja yang merosot, pemberhentian kerja masih boleh terus dijangkakan dalam sektor dan firma tertentu. - Foto fail -
PASARAN buruh terus menunjukkan peningkatan suku pertama tahun ini, dengan jumlah pemberhentian kerja di tahap terendah dalam tempoh hampir tujuh tahun dan kadar pengangguran di kalangan penduduk di tahap terendah dalam dua tahun.
Menurut laporan pasaran buruh yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam, maklumat awal menunjukkan bahawa 2,100 pekerja diberhentikan kerja dalam suku pertama tahun ini, berkurangan berbanding 3,680 pekerja yang diberhentikan kerja dalam suku terakhir tahun lalu.

