Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pembiayaan syarikat teknologi pemula peringkat awal naik 59%

Apr 24, 2024 | 06:11 PM



Syarikat pemula peringkat awal teknologi baru muncul Singapura memperoleh AS$402 juta ($548 juta) dalam pembiayaan pada 2023, meningkat 59 peratus daripada AS$253 juta yang diraih pada 2022, menurut cabang pelaburan negara SGInnovate.

Bilangan perjanjian perniagaan pada peringkat semaian juga meningkat 50 peratus, daripada 20 perjanjian pada 2022 kepada 30 pada 2023, merentasi empat sektor iaitu perkilangan termaju, pertanian dan makanan serta kemampanan, selain sains kesihatan dan bioperubatan.

Ini menunjukkan keinginan lebih kukuh bagi pelaburan dalam teknologi baru muncul, sedang ekosistem perniagaan terus matang di sini, menurut SGInnovate pada 23 April dalam laporannya mengenai landskap sektor tersebut pada 2023.

SGInnovate berkata ia meneliti syarikat pemula peringkat awal daripada syarikat yang didaftar dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2023, lapor The Straits Times (ST).


Ia mentakrifkan syarikat pemula teknologi baru muncul sebagai syarikat yang membangunkan produk ketara, seperti peranti, jentera, peralatan, dan makanan serta ubat-ubatan yang dihasilkan berdasarkan sains fizikal, sains hayat dan kejuruteraan.

“Trend yang kami lihat menunjukkan landskap teknologi baru muncul yang semakin matang dan dinamik di Singapura, dengan lebih ramai pelabur khusus yang tampil menyokong jenis (perniagaan) tertentu,” kata pengarah eksekutif SGInnovate, Encik Tong Hsien-Hui.

Sektor pertanian dan makanan, serta kemampanan mendahului sektor lain dari segi pembiayaan yang diterima dan bilangan syarikat didaftar.

Ini mungkin disebabkan pelbagai daya usaha sektor awam dan swasta.

Kededua bidang itu menikmati pembiayaan yang meningkat pada 2023 berbanding 2022, dengan sektor pertanian dan makanan memperoleh 13 perjanjian perniagaan pada 2023 berbanding lapan pada 2022, dan sektor kemampanan meraih 16 perjanjian perniagaan pada 2023 berbanding 12 pada 2022.

Menurut SGInnovate, sektor kemampanan adalah satu-satunya bidang yang menikmati pembiayaan dan jumlah pelaburan yang meningkat pada 2023 berbanding 2022.

Ia juga sektor paling aktif dari segi bilangan syarikat pemula yang didaftar pada 2023, manakala saiz dana dalam pusingan pembiayaan pada peringkat semaian dalam sektor tersebut meningkat hampir 300 peratus secara purata antara 2022 dengan 2023.

Namun, walaupun jumlah pembiayaan dan bilangan perjanjian perniagaan meningkat secara keseluruhan, bilangan syarikat pemula teknologi baru muncul yang didaftar pada 2023 merentasi empat sektor tersebut, berkurangan daripada 35 pada 2022 kepada 25 pada 2023.

Encik Tong berkata walaupun cabaran seperti keadaan politik tidak menentu akan terus menjejas pertimbangan pelaburan di seluruh dunia, ia yakin mengenai prospek syarikat pemula yang menangani kebimbangan jangka panjang, yang turut disokong daya usaha dasar pemerintah di sini.

Ini termasuk teknologi dalam bidang seperti pemantauan pesakit dari jarak jauh dan terapi sel tunjang, yang boleh menyediakan huraian bagi memperbaiki penjagaan penduduk Singapura yang semakin menua, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >