Pembuat alat cip AS bakal buka kemudahan $600j, tawar 1,000 pekerjaan
Premium
Pembuat alat cip AS bakal buka kemudahan $600j, tawar 1,000 pekerjaan
Dec 23, 2022 | 5:30 AM

KEMBANG OPERASI: (Dari kiri) Naib Presiden Korporat Applied Materials Worldwide Manufacturing, Encik KC Ong; Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi, Encik Beh Swan Gin; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Applied Materials, Encik Dickerson; serta Presiden Serantau Asia Tenggara dan Naib Presiden Applied Materials, Encik Brian Tan, di upacara pecah tanah Pelan Singapura 2030 Applied Materials di hotel Parkroyal Collection Marina Bay. - Foto BH oleh GAVIN FOO -
PEMBUAT peralatan semikonduktor Amerika Syarikat, Applied Materials, akan membina sebuah prasarana di Tampines Industrial Crescent yang akan menelan belanja $600 juta tahun depan.
Langkah itu dijangka dapat menggandakan hasil perkilangannya di Singapura dan menghasilkan 1,000 pekerjaan baru.

