Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pembuat EV China Farizon lantik pengedar di SG bagi pasaran Asia Tenggara

Oct 06, 2023 | 03:39 PM



Pembuat kenderaan komersial elektrik dan hibrid China, Farizon, sedang meningkatkan kehadirannya di Asia Tenggara melangkaui Thailand, dengan pelantikan syarikat Hong Seh Motors (HSM) yang berpangkalan di Singapura sebagai pengedarnya bagi negara ini, Malaysia dan Indonesia. 

Satu upacara pemeteraian rasmi berlangsung di Singapura pada Jumaat. 

Seorang wakil Farizon memberitahu The Business Times bahawa mewujudkan kehadiran di Singapura penting kerana ia adalah “wakil pasaran negara di Asia” dengan pertalian ekonomi dan politik rapat dengan negara Asean lain, yang boleh membantu mewujudkan pengaruh jenama serantau.


Pengarah eksekutif syarikat induk HSM, Hong Seh Group, Encik Edward Tan, berkata operasi di Malaysia dan Indonesia akan mula pada kemudian hari. Syarikat itu belum bertapak di sana dan sedang mencari rakan kongsi peniaga di negara-negara itu.

Di Asia-Pasifik, Farizon kini beroperasi di Hong Kong, Thailand, Japun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand. Ia berhasrat memasuki tiga hingga lima pasaran baru di Asia dalam dua tahun akan datang.

HSM akan memperkenalkan pelbagai jenis model Farizon di Singapura, termasuk kenderaan barangan ringan dan berat elektrik. Yang pertama ialah kenderaan barangan berat elektrik (eHGV) H9E, yang akan tiba pada Disember, diikuti oleh sebuah van elektrik, SuperVan, pada 2024.

Kenderaan H9E boleh didapati dalam bentuk 14 kaki, 20 kaki, atau model kenderaan peti sejuk dengan kapasiti bateri hingga 160 kilowat jam dan jarak 300 kilometer.

Masih terlalu awal untuk meramalkan harganya sekarang, kata Encik Tan. Kenderaan H9E akan lebih mahal daripada trak diesel setandingnya tetapi “harganya kompetitif” di pasaran eHGV, kata beliau.

Menurut pengamat industri, sebuah kenderaan eHGV boleh berharga dua kali ganda harga model diesel yang setanding, tetapi kos kendaliannya lebih rendah.

Encik Tan berkata kos operasi eHGV mungkin sepertiga kurang daripada trak diesel dan penjimatan ini akan membolehkan pengendali membuat perbezaan kos dalam jangka hayat Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) selama 10 tahun.

Pasaran eHGV Singapura masih belum matang kerana kekurangan insentif, kos agak tinggi dan kekurangan infrastruktur mengecas menyebabkan kadar penerimaannya agak perlahan – tetapi lebih banyak model sedang memasuki pasaran.

Di Singapura, BYD dan Scania telah menubuhkan kumpulan eHGVs, sementara menjelang awal 2024 Volvo, Mercedes-Benz dan Fuso akan juga melancarkan model eHGV.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >