Pemerintah akan bantu firma percepat usaha rombakan perusahaan
Premium
Pemerintah akan bantu firma percepat usaha rombakan perusahaan
Mar 23, 2018 | 5:30 AM

MEMPERCEPAT ROMBAKAN: Dr Koh (lima dari kanan) bersama wakil-wakil badan perniagaan dan agensi pemerintah dalam sidang IOT Asia semalam. - Foto SINGEX -
PEMERINTAH akan membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) dan syarikat berbilang negara (MNC) mempercepat usaha rombakan perusahaan mereka dengan membiayai 300 penilaian di bawah Indeks Mempersiap Industri Bijak Singapura, kata Menteri Negara Kanan (Perdagangan dan Perusahaan) Dr Koh Poh Koon semalam.
Bagi meningkatkan pencapaian dan penggunaan indeks itu, satu program pentauliahan akan dibangunkan bagi melatih dan memberi pentauliahan kepada para penilai, lapor akhbar The Straits Times (ST).

