Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

KONVENSYEN PERNIAGAAN DPPMS

Pemerintah komited bantu peniaga laksana rombakan digital

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH komited untuk memberikan sokongan kepada peniaga melaksanakan rombakan digital, termasuk bekerjasama dengan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) bagi menyegarkan Pejabat Rombakan Digitalnya (DTO), menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



DTO dibentuk badan niaga Melayu/Islam itu untuk menyediakan huraian yang meningkatkan sokongan digital bagi para peniaga sebagai persediaan masa hadapan.



"Kami juga mempunyai program-program bagi menyokong da membantu peniaga meningkatkan saiz mereka melalui program bimbingan dan geran, termasuk bagi wanita," ujar Cik Sun, di acara DEWIDigi 2020 pada hari pertama Konvensyen Perniagaan DPPMS di Akademi PSB.



DEWIDigi merupakan acara pertama dianjurkan cabang wanita DPPMS, DEWI@DPPMS, dalam konvensyen yang berlangsung selama tiga hari itu.



Menjelaskan mengenai inisiatif Start Digital yang diperkenalkan oleh Enterprise Singapore dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), beliau berkata ia menyediakan huraian digital asas bagi syarikat kecil dan sederhana (SME) yang baru atau belum lagi melaksanakan huraian digital.



Memberi contoh, seorang peniaga yang memanfaatkan Start Digital ialah Cik Azlina Mohd Osman, pengarah Lina Mos yang menjual wangian rumah.



Setelah menggunakan Start Digital, beliau melaksanakan dagangan elektronik yang membolehkannya meningkatkan bilangan pelanggan.



SME boleh mendaftar di go.gov.sg/startdigitalsolutions dan boleh mendapat lebih banyak maklumat mengenai Start Digital di laman IMDA.



Untuk layak, SME perlu berdaftar dan beroperasi di Singapura dan mempunyai sekurang-kurangnya perkongsian pemilikan tempatan sebanyak 30 peratus, mempunyai jualan kumpulan tidak lebih dari $100 juta setahun atau pekerja tidak lebih daripada 200 orang.



Dalam pada itu, Cik Sun menambah wadah seperti DEWIDigi memberikan peluang bagi peniaga untuk memupuk peluang rangkaian niaga dan mendapat bimbingan.



Pengerusi DEWI@DPPMS yang juga Naib Presiden DPPMS, Cik Fadilah Majid berkata DEWI@DPPMS dibentuk bagi membantu peniaga wanita Melayu/Islam melengkapi diri mereka dengan kemahiran ekonomi masa hadapan melalui peningkatan kemahiran, meningkatkan jenama mereka dan menyediakan mereka sokongan nasihat perniagaan melalui Pusat SME@DPPMS.



"Dua tahun lalu telah menimbulkan banyak cabaran kepada masyarakat peniaga tetapi ramai peniaga yang kekal berdaya tahan dan responsif dengan cara yang tangkas dan tegas. Apabila kita beralih ke pascadunia pandemik, kini tiba masanya untuk melihat ke hadapan dan merebut peluang yang muncul," kata Cik Fadilah.



Hari pertama konvensyen itu diisi dengan pelbagai ceramah termasuk oleh pengarah dasar awam Asia Tenggara (Sea), Meta, Cik Rahimah Abdulrahim yang memberikan panduan untuk meningkatkan perniagaan menggunakan teknologi. Ceramah mengenai masa hadapan komputing awan pula disampaikan oleh pengurus negara Amazon Web Services, Cik Elsie Tan.



Terdapat perbincangan mengenai masa hadapan perniagaan berpangkalan di rumah (HBB) oleh pemilik K's Keria, Cik Fatin Farhanah dan perubahan runcit oleh pengasas Chokmah, Cik Joyce Lim.



Hari kedua konvensyen itu akan menumpukan perhatian terhadap usahawan muda.



Acara Illuminate dianjurkan oleh Aspire@DPPMS, cabang belia yang dibentuk bagi menghubungkan usahawan muda melalui jaringan niaga.



Illuminate akan menyaksikan beberapa panel yang menarik daripada pemilik perniagaan firma pemula (start-up) tempatan seperti Kumpulan Black Hole yang memiliki beberapa jenama kafe tempatan dan Akademi Muzik Timbre.



Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, akan memberikan ucapan video manakala Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman akan hadir di sesi itu.



Malam Anugerah DPPMS akan melengkapkan Konvensyen Perniagaan DPPMS selama tiga hari. Hari kemuncak itu akan mengiktiraf lapan peniaga termasuk Usahawan dan Usahawan Wanita Terbaik.



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong akan menghadiri majlis itu.




"Kami juga mempunyai program-program bagi menyokong dan membantu peniaga meningkatkan saiz mereka melalui program bimbingan dan geran, termasuk bagi wanita."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >